BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, April 5, 2010

~Usrati~

MUQADDIMAH

Tonggak kepada Gerakan Islam ialah usrah. Tanpa usrah maka gerakan akan menjadi jumud dan tidak dapat melahirkan pekerja dan tenaga pelapis. Tanpa usrah yang betul maka tidak akan dapat mencapai matlamat yang perlu ada pada mana-mana gerakan. Segala keputusan akan dapat dilaksanakan dengan baik apabila konsep usrah dipraktikkan dalam gerak kerja jama'ah. Usrah juga bukan majlis ilmu semata-mata, tetapi ia satu majlis untuk meningkatkan komitmen kepada Islam dan memperjuangkan Islam di atas muka bumi ini. Usrah juga merupakan majlis untuk membincangkan masalah organisasi dalam jama'ah. Usrah juga berperanan untuk mengamalkan ukhuwwah Islamiyyah dalam jama'ah. Kesilapan memahami fungsi usrah menyebabkan perjalanan usrah menjadi lesu dan tidak bermaya dan tidak memberi apa-apa kesan pada peribadi dan juga pergerakan jama'ah.

PENGERTIAN USRAH

Usrah bermaksud keluarga. Dari segi istilah, usrah bermaksud kumpulan individu muslim yang beriman kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala, berusaha tolong-menolong antara satu sama lain untuk memahami dan menghayati Islam. Usrah membentuk suatu ikatan perpaduan yang dibina atas dasar aqidah Islam dan terjalin dengan suatu ikatan persaudaraan Islam (ukhuwwah Islamiyyah). Usrah juga merupakan medan tarbiyyah dalam usaha membentuk generasi yang sanggup hidup dan mati demi memperjuangkan Islam. Usrah juga dapat menyatu dan menyelaraskan fikrah.

MATLAMAT USRAH

  • Membentuk satu generasi yang benar-benar memahami Islam, beramal dengan ajaran Islam dan bersedia untuk memperjuangkan agama Allah Subhanahu wa Ta'ala.
  • Mendidik hati para anggota untuk menjadi manusia yang taat kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala.
  • Menghubungkan anggota secara langsung dengan ajaran Al-Quran dan As-Sunnah.
  • Mengiltizamkan anggota dengan akhlak Al-Quran supaya dapat mematuhi perintah Allah dan laranganNya.
  • Menjadikan Rasul dan para sahabat sebagai ikutan dalam kehidupan seharian.
  • Supaya berfikiran dan bertindak selari dengan apa yang diajar oleh Allah dan Rasul.
  • Sentiasa dapat bermulazamah dengan Al-Quran dan Al-Hadith.
  • Mewujudkan saf perjuangan yang tersusun rapi dan teguh.
  • Melahirkan keikhlasan kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala dalam setiap amalan.
  • Dapat membentuk peribadi muslim, keluarga muslim dan masyarakat muslim.
  • Merapatkan ukhuwwah dan kasih-sayang di kalangan anggota.
  • Menghidupkan budaya nasihat-menasihati di kalangan anggota.
  • Menanamkan semangat cintakan agama Allah Subhanahu wa Ta'ala.
  • Membuka saluran komunikasi dalam sebuah organisasi. Sistem usrah boleh digunakan untuk memuwujudkan satu sistem komunikasi yang baik di samping mewujudkan arahan sebutang (one button mobilisation).
  • Dapat menguji bakat dan kebolehan anggota masing-masing dan membahagikan tugas mengikut bakat dan kemampuan ahli.
  • Dapat memahami peribadi anggota dengan lebih dekat, seperti rajin atau malas, pemurah atau bakhil, sabar atau pemarah, berani atau takut dan sebagainya.

SEJARAH USRAH

Sejarah usrah bermula pada zaman Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam apabila pemeluk Islam meningkat kepada 30 lelaki dan wanita. Rasululllah Sallallahu 'alaihi wasallam telah memilih sebuah rumah yang terpencil, iaitu rumah Al-Arqam bin Abi Al-Arqam sebagai tempat menyampaikan segala ajaran islam, tunjuk ajar dan nasihat. Seruan ini telah berjaya menarik hampir 40 orang lagi memeluk Islam. Kebanyakan mereka adalah golongan fakir miskin dan hamba yang tidak ada tempat dalam masyarakat Quraisy.

p/s: Alhamdulillah. Inilah sedikit sebanyak perkongsian yang dapat di"sharing"kan bersama. Like someone says, "Sharing is caring. Caring is loving." Dah lama sebenarnya nk post, tp disebabkan kekangan masa, baru hari ini dapat dipostingkan..Ini pun dalam masa yang sama tengah sibuk menempah tiket untuk balik ke kampung halaman tercinta...BUT, first of all, syukur alhamdulillah dipermudahkan segala urusan. Allah memberi jalan. Dapat tiket yang murah..huhu seronoknya tak terkata. Dahla 2, dapat tiket MAS plak tuh...dengan hrga sebanyak RM139.. thanks also to my brother, Nur Hidayat Rahmat kerana bagi pinjam akaun CIMB dalam melancarkan urusan pembelian tiket. Dan berbanyak2 terima kasih for my beloved father & mother coz helping me to buying my ticket. InsyaAllah, akan ada sambungan lagi untuk tajuk ini..mudah-mudahan segalanya berjalan dengan lancar..AMEEN.

0 ulasan: