BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, December 31, 2009

santai d malam tahun baru



anak ustaz Rais sewaktu IPTIM Melaka















bsebelahn dgn kapal(smpat lg posing)




assalamualaikum wrt wbt..
pejam celik pejam celik dah kul 1 lbih(1 pgla maksudye).hari baru hari yang berkat di mana tahun baru bermula pada hari Jumaat.Akhirnya 2010 menjengah kini..usia kian meningkat,pertambahan idea mencambahkan ilmu memenuhi ruang fikiran.Lambaian kenangan 2009 baru sahaja d tinggalkan.Terlalu sedikit rasanya pengalaman yang telah ku kutip sepanjang tempoh masa yang berjalan ini.Namun di dalam kenangan2 yang telah ku lalui terselit kenangan manis yang takkan mungkin dapat ku lupakan seumur hidup ini..hanya mereka yang mengetahui bisa merasai..huhu.Rasanya belum terlambat lagi untuk ku ucapkan salam hijrah 1431H pada blog yang telah lama ku tinggalkan ini(bru 2 mggu je kot).mata masih ligat memantulkan penglihatan dan fikiran sedang pantas mengeluarkan pandangan.Banyak sangat program yang perlu dilaksanakan..sama ada program kolej ataupun program tarbiyyah diri sendiri.la ni duk kat umah rakan sekuliah yang sudah lama ku anggap sebagai adik sndiri..hehehe.di panggil mery chemor tapi nama sebenarnya adalah Nurain Hasri.Comel orangnya...ske tgk die(maklumlah adik perempuan sendiri xde).Yg hanya ada 2 orang wira dalam family,yg kedua bernama mohd helmy dan yang bongsu mohd iqbal.Harapan masa depan negara..ameen2.Xtertanggung rasanya rindu pada kalian berdua,andai kata hati ini boleh terbang sekarang juga akan ku lintasi awan gelap di malam hari agar dapatku segera tiba di kampung halaman tercinta(Sabah tanah airku).Pada tante2(mak cik2) ku yang merinduiku..huhu sabar ya menanti kepulangan ku nanti.Bagaimanalah agaknya dengan adikku yang bongsu itu?Mungkin ketinggiannya sudah melepasi diriku ini.Sepanjang 2 mggu tanpa da tautan hati dengan blog ini sungguh benar2 teruji dengan environment ku ini.Hingga adakalanya terkilan bagai di kata.Yang dikatakan Islam masih belum benar2 Islam sepenuhnya.ana minta maaf pada sesiapa sahaja andai bibir lantang bersuara dan jari ligat melakarkan pena.Dan itu juga bukan menandakan diri ini sebaik yang disangka,masih punya kekurangan dan kelemahan diri yang boleh dilihat pada mata kasar.Alhamdulillah diri dihiasi dengan sahabat2 yang masih menerimaku dengan hati yang terbuka dan memberi ruang memperbaiki diri.Kembali kpda ujian hari demi hari..benar2 menguji sejauh mana iman yang ada di dalam diri..adakah mantap dan mampu untuk mengatasi anasir-anasir yg datang atau hanya mata mampu melihat dan telinga hanya mampu untuk mendengar?biarlah ku tinggalkan malam ini dengan persoalan sedemikian agar esoknya dapat ku fikirkan perancangan y perlu ku laksanakan dengan teliti dan rapi.Semoga esok lebih baik dari semalam.Buat adik2 yg baru sahaja mengintima'kn diri dengan kerja2 dakwah...selamat datang pada kalian.Pengakhiran tahun 09 kita akhiri dengan kenangan yg tersemat d hati kita.

Friday, December 11, 2009

kehidupan perlu diteruskan




Amal Jariah dengan Memberi

Buatlah kebaikan kerana ia akan "terus hidup" selepas kita mati. Ingatlah bahawa ada amal kebaikan yang kita lakukan, pahalanya terus kekal dan mengalir walaupun selepas kematian kita. Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:"Apabila mati seseorang manusia itu, akan terputus daripadanya segala amalannya kecuali tiga perkara; iaitu sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan dan anak soleh yang senantiasa mendoakannya." (Riwayat Muslim)

Mari kita teliti ketiga-tiga perkara dalam hadis ini.

Pertama, amal jariah. Bagaimana kita mampu membina rumah anak yatim, masjid, sekolah, hospital dan lain-lain jika kita tidak miliki sikap memberi kepada orang lain? Orang yang bakhil tidak akan melakukannya. Mereka seolah-olah ingin membawa harta pulang ke kubur!

Kedua, ilmu yang bermanfaat yang diajarkan kepada orang lain. Ilmu hanya akan menjadi amal jariah sekiranya kita mengajarkan kepada orang lain. Mengajar itu ertinya memberi ilmu. Hadis inilah yang menjadi prinsip hidup para ulama yang mana hidup mereka dipenuhi oleh episod mencari, memahami dan menyampaikan ilmu. Bertitik tolak daripada hadis Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:"Sampaikan daripadaku walaupun sepotong ayat." (Riwayat al-Bukhari)

Ketiga, doa daripada anak yang soleh. Ianya terhasil oleh sikap memberi ibu atau bapa. Dengan segala jerih payah ibu bapa mengorbankan segala-galanya untuk membesarkan anak; dari aspek fizikal, pemikiran, emosi dan kerohanian anak-anak. Hasilnya, anak itu menjadi anak yang soleh. Tanpa sikap memberi ibu bapa, tidak akan terbentuk anak yang soleh.

Ingatlah betapa Allah melimpahkan ke dalam jiwa ibu bapa sifat kasih sayang. Sayang kepada seorang anak tidak berbeza dengan anak-anak yang lain. Malah, jika anak meragam, memberontak malah derhaka sekalipun, masih ada ibu bapa yang menyayangi mereka. Dengan kasih sayang itulah ibu bapa berbakti (memberi) kepada anak-anak tanpa meminta balasan.

Dilimpahkan juga ke dalam jiwa ibu bapa sifat rajin, prihatin, simpati dan empati yang tidak terhingga. Sewaktu anak masih kecil, segala keperluannya diberikan. Ibu menjaga anak siang dan malam - menyusukan, memandikan dan memakaikan pakaian - satu tugas yang dilakukan berulang-ulang tanpa rasa jemu. Bapa, akan sentiasa bekerja memerah keringat untuk menyara hidup keluarga tanpa rasa jemu, letih dan bosan.

Bukankah ketiga-tiga di atas bersifatkan sifat memberi?

Inilah kebaikan dan kelebihan sikap memberi. Manusia berperanan sebagai hamba Allah dan khalifah di bumi. Sebagai hamba, kita mesti menjadi manusia yang baik. Sebagai khalifah kita mesti memberi kebaikan. Dan kita tidak akan menjadi orang yang baik selagi kita tidak memberi kebaikan. Bukankah ini membuktikan bahawa hidup ini untuk memberi? Ya, memberi kebaikan!.

Wednesday, December 2, 2009


Hidup Untuk Memberi

Memiliki dan dimiliki
Bunyinya sama pengertiannya berbeza
Adakalanya yang memiliki
akan kurang memberi
Adakalanya yang memberi
menjadi kurang memiliki

Intailah hari demi hari
Dimanakah cerita ceria dan gembira yang dicari
Mungkin ianya ada di sini
Juga mungkin hilangnya pergi membawa diri
Keliru, gelisah dan resah hanya menikam diri
Biarlah senyuman menjadi pengganti

Andai derita ini dibiarkan terus berlari
Izinkan cinta hadir membawa seri
Moga di akhirnya nanti
Kebahagiaan hakiki yang ditemui
Bersama mekar sayangnya Ilahi


Siapa yang lebih cinta maka dialah yang lebih banyak memberi. Justeru, jika kurang memberi, itu petanda "kurangnya" rasa cinta dihati. Apabila kurang rasa cinta, tergugatlah persaudaraan dan rengganglah perpaduan.