BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, March 1, 2010

~Hati Sakit atau Sihat~

Semoga hati kita akan menjadi dalam kalangan hati yang menerima rahmat dan hidayah daripada Allah s.w.t.


"Ketahuilah, sesungguhnya di dalam badan itu ada seketul daging, apabila ia baik, baiklah seluruh badan. Dan apabila rosak, rosaklah seluruh badan. ketahuilah, ia adalah hati."

Sebuah hadis yang menarik untuk kita renungkan adalah tentang respons atau tindak balas hati manusia Mukmin yang melakukan amalan sama ada baik atau buruk. Imam al-Tirmizi meriwayatkan bahawa seseorang hamba itu masih dikira Mukmin sekiranya dia mempunyai dua sifat; iaitu ketika dia melakukan kebaikan, hatinya gembira dan ketika dia melakukan dosa, hatinya tidak selesa dan tidak senang. Inilah petunjuk yang kita cari dalam menentukan sama ada hati kita masih baik, sakit atau tenat.

Sekiranya kita masih lagi merasai pahitnya dosa dan lazatnya beribadah, itulah hati yang beriman dan bersyukurlah. Namun sekiranya kita tidak merasai kelazatan beribadah, malah lazat itu bertukar menjadi tidak tenang dan rungsing. Ini amat membimbangkan. Kenapa?

Terdapat sebuah hadis riwayat Imam Muslim melalui sahabat bernama Hudzaifah, Rasulullah s.a.w memberitahu kita bahawa terdapat hati-hati manusia yang sampai ke tahap terlalu hitam dengan dosa dan maksiat, sehinggakan dia "tidak kenal kebaikan dan tidak menentang kemungkaran, apa yang dia tahu hanyalah apa yang diberikan nafsunya." Ini adalah satu keadaan apabila hati kita semakin tenat dan hamba pasti ramai yang amat bimbang dengan situasi yang berlaku dalam dunia Islam masa kini khususnya di negara kita. Sebahagian remaja dilihat seolah-olah tidak lagi kenal mana baik dan mana buruk. Sebaliknya pula dia dilihat menyukai keburukan dan menentang pula kebaikan.

Bagaimanakah remaja atau sesiapa sahaja yang hatinya begini, boleh dirawat? Pasti ia memakan masa dan memerlukan pelbagai langkah untuk memberikan penawar kepada hatinya. Apatah lagi jika dilihat kepada keluarga yang membesarkan anak-anak pada masa kini. Bagaimanakah hati anak-anak akan suci bersih jika hati ibu bapanya dalam keadaan gelap dan tidak bercahaya?



0 ulasan: