BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, April 22, 2010

HEART

Isu jaga hati...

Kadang-kadang hati kita disakiti...dan kadangkala pula kita menyakiti. Itu memang tidak dapat kita lari dan nafikan. Ada juga situasi kita menyakiti dalam menyatakan kebenaran. Memang agak pahit untuk ditelan. Adakah itu dinamakan keadilan? Atau hanya sekadar mainan perasaan?Kalau dihitung betapa sakitnya hati..memang tidak akan mampu dibilang dengan jari. Saat kini pun hati merasa sakit. Bagai disiat-siat..pedih. Bukan mahu mempersoalkan apa yang terjadi. Tapi inilah kehidupan. Ujian..ujian.

Betapa ramai orang sakit hati..Ada yang MEMENDAM..tak kurang juga yang sudi meluahkan perasaan. Tapi berapa ramai yang mampu untuk mendengar? satu, dua, tiga...atau langsung tiada...PEREMPUAN..Memang sinonim dengan SAKIT HATI. Siapa yang berani mengatakan dia tidak pernah sakit hati hatta kepada sahabatnya sendiri..Hamba mengaku hamba pernah sakit hati..Seperti yang hamba katakan tadi. Kalau dihitung betapa sakitnya hati, tidak akan mampu dibilang dengan jari.

Inilah hakikat kehidupan. Adakalanya senang, dan ada waktu berasa susah. Adakalanya sendirian dan ada masa kita beramai-ramai. Hanya DIRI yang mengerti akan perihal sendiri. Orang lain tidak akan mampu untuk mengubati bahkan hanya berani untuk menyakiti. Jadilah diri sendiri yang berani berdepan dengan onak duri.

Wednesday, April 21, 2010

Redha kerana ALLAH




1) Sifat redha adalah daripada sifat makrifah dan mahabbah kepada Allah s.w.t.

2) Pengertian redha ialah menerima dengan rasa senang dengan apa yang diberikan oleh Allah s.w.t. baik berupa peraturan ( hukum ) mahupun qada' atau sesuatu ketentuan daripada Allah s.w.t.

3) Redha terhadap Allah s.w.t terbahagi kepada dua :

  • Redha menerima peraturan ( hukum ) Allah s.w.t. yang dibebankan kepada manusia.
  • Redha menerima ketentuan Allah s.w.t. tentang nasib yang mengenai diri.

Redha Menerima hukum Allah s.w.t. :

Redha menerima hukum-hukum Allah s.w.t. adalah merupakan manifestasi daripada kesempurnaan iman, kemuliaan taqwa dan kepatuhan kepada Allah s.w.t. kerana menerima peraturan-peraturan itu dengan segala senang hati dan tidak merasa terpaksa atau dipaksa.

Merasa tunduk dan patuh dengan segala kelapangan dada bahkan dengan gembira dan senang menerima syariat yang digariskan oleh Allah s.w.t. dan Rasulnya adalah memancar dari mahabbah kerana cinta kepada Allah s.w.t. dan inilah tanda keimanan yang murni serta tulus ikhlas kepadaNya.

Firman Allah s.w.t. yang bermaksud :
" Tetapi tidak ! Demi Tuhanmu, mereka tidak dipandang beriman hingga mereka menjadikanmu ( Muhammad ) hakim dalam apa yang mereka perselisihkan di antara mereka, kemudian mereka tidak merasa sempit dalam hati mereka tentang apa yang engkau putuskan serta mereka menyerah dengan bersungguh - sungguh ". ( Surah An-Nisaa' : Ayat 65 )

Dan firman Allah s.w.t yang bermaksud :
" Dan alangkah baiknya jika mereka redha dengan apa yang Allah dan Rasulnya berikan kepada mereka sambil mereka berkata : ' Cukuplah Allah bagi kami , Ia dan Rasulnya akan berikan pada kami kurnianya ,Sesungguhnya pada Allah kami menuju ".
( Surah At Taubah : Ayat 59 )

Pada dasarnya segala perintah-perintah Allah s.w.t. baik yang wajib mahupun yang Sunnah ,hendaklah dikerjakan dengan senang hati dan redha. Demikian juga dengan larangan-larangan Allah s.w.t. hendaklah dijauhi dengan lapang dada .

Itulah sifat redha dengan hukum-hukum Allah s.w.t. Redha itu bertentangan dengan sifat dan sikap orang-orang munafik atau kafir yang benci dan sempit dadanya menerima hukum-hukum Allah s.w.t.

Firman Allah s.w.t. yang bermaksud :
" Yang demikian itu kerana sesungguhnya mereka ( yang munafik ) berkata kepada orang-orang yang di benci terhadap apa-apa yang diturunkan oleh Allah s.w.t. 'Kami akan tuntut kamu dalam sebahagian urusan kamu ',Tetapi Allah mengetahui rahsia mereka ". ( Surah Muhammad : Ayat 26 )

Andaikata mereka ikut beribadah, bersedekah atau mengerjakan sembahyang maka ibadah itu mereka melakukannya dengan tidak redha dan bersifat pura-pura. Demikianlah gambaran perbandingan antara hati yang penuh redha dan yang tidak redha menerima hukum Allah s.w.t. , yang mana hati yang redha itu adalah buah daripada kemurnian iman dan yang tidak redha itu adalah gejala nifaq.

Redha Dengan Qada' :

Redha dengan qada' iaitu merasa menerima ketentuan nasib yang telah ditentukan Allah s.w.t baik berupa nikmat mahupun berupa musibah ( malapetaka ). Didalam hadis diungkapkan bahawa di antara orang yang pertama memasuki syurga ialah mereka yang suka memuji Allah s.w.t. . iaitu mereka memuji Allah ( bertahmid ) baik dalam keadaan yang susah mahupun di dalam keadaan senang.

Diberitakan Rasulullah s.a.w. apabila memperolehi kegembiraan Baginda berkata :
" Segala puji bagi Allah yang dengan nikmatnya menjadi sempurnalah kebaikan ".

Dan apabila kedatangan perkara yang tidak menyenangkan , Baginda mengucapkan :
" Segala puji bagi Allah atas segala perkara ".

Perintah redha menerima ketentuan nasib daripada Allah s.w.t. dijelaskan didalam hadis Baginda yang lain yang bermaksud :

" Dan jika sesuatu kesusahan mengenaimu janganlah engkau berkata : jika aku telah berbuat begini dan begitu, begini dan begitulah jadinya. Melainkan hendakalah kamu katakan : Allah telah mentaqdirkan dan apa yang ia suka , ia perbuat ! " Kerana sesungguhnya perkataan : andaikata... itu memberi peluang pada syaitan " . (Riwayat Muslim)

Sikap redha dengan mengucapkan puji dan syukur kepada Allah s.w.t. Ketika mendapat kesenangan atau sesuatu yang tidak menyenangkan bersandar kepada dua pengertian :

Pertama : Bertitik tolak dari pengertian bahawa sesungguhnya Allah s.w.t. memastikan terjadinya hal itu sebagai yang layak bagi Dirinya kerana bagi Dialah sebaik-baik Pencipta. Dialah Yang Maha Bijaksana atas segala sesuatu.

Kedua : Bersandar kepada pengertian bahawa ketentuan dan pilihan Allah s.w.t. itulah yang paling baik , dibandingkan dengan pilihan dan kehendak peribadi yang berkaitan dengan diri sendiri.

Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud :


" Demi Allah yang jiwaku ditangannya !Tidaklah Allah memutuskan sesuatu ketentuan bagi seorang mukmin melainkan mengandungi kebaikan baginya. Dan tiadalah kebaikan itu kecuali bagi mukmin . Jika ia memperolehi kegembiraan dia berterima kasih bererti kebaikan baginya , dan jika ia ditimpa kesulitan dia
bersabar
bererti kebaikan baginya ".
( Riwayat Muslim )


Belajarlah untuk ikhlas.


Sifat ikhlas ialah menumpukan niat bagi setiap ibadah atau kerja yang dilakukan semata-mata kerana Allah s.w.t. dan diqasadkan ( niat ) untuk menjunjung perintah semata-mata serta membersihkan hati dari dosa riya’ , ujub atau inginkan pujian manusia.

Firman Allah s.w.t. di dalam Al-Quran yang bermaksud :

“ Padahal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah s.w.t. dengan mengikhlaskan ibadah kepadanya , lagi tetap teguh di atas tauhid dan supaya mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat dan yang demikian itulah agama yang benar “.
( Surah Al-Bayyinah – Ayat 5 )

Setiap pekerjaan yang dilakukan hendaklah dibersihkan daripada sesuatu tujuan yang lain daripada taat kepada perintah Allah s.w.t. Hendaklah dibersihkan niat daripada sebab-sebab yang lain dari sifat-sifat yang keji ( sifat mazmumah ) seperti riya’ , ujub , inginkan kemasyhuran dan lain-lain lagi. Dalam meninggalkan larangan Allah s.w.t. hendaklah diniatkan untuk taat semata-mata bukan kerana malu kepada makhluk atau sebagainya. ( Rujukan Kitab - Mengenal Ilmu Tasawwuf – Mohd Sulaiman bin Hj. Yasin )

Selingan daripada ILUVISLAM

~Album Kasih~

Tuesday, April 20, 2010


Salam alaik...

Selamat tengah hari.. Izinkan hamba bermadah bicara.


Andainya bayu mendengar suaraku,

Akan ku lontar sekuat hatiku,

Biar semua orang tahu,

Akulah srikandi itu..


Awan di langit berarak merdu,

Guruh kini menyambar syahdu,

Hujan turun berlari laju,

Petanda bumi basah bermandi sendu..


Akulah wanita itu,

Yang akan tabah mengharungi liku,

Biar badai pantas berlalu,

Akan ku cantas berlengan siku..


Andai semua lekeh memandangku,

Takkan ku gentar walau seribu,

Kaki melangkah santun ayu,

Jiwaku rancak bermain lagu..

AKULAH Wanita itu..




Wednesday, April 14, 2010

Ke Arah Kecemerlangan kepimpinan Mahasiswa Islam

"Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (iaitu) bagi orang yang mengharapkan (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah".
(Surah Al-Ahzab: ayat 21)

Ada beberapa faktor yang menentukan kecemerlangan kepimpinan mahasiswa. Faktor-faktor tersebut antara lain ialah:

  1. Dasar perjuangan yang diredhai Allah
Dasar perjuangan mahasiswa mestilah berlandaskan nilai-nilai Islam. Mahasiswa sebagai kumpulan manusia berilmu dan sentiasa mencari ilmu perlu mendampingkan keilmuan mereka dengan iman, islam dan ihsan. mereka perlu konsisten memperjuangkan Islam serta mendukung kepimpinan Islam yang menyanjung kepimpinan para pewaris nabi atau para alim 'ulama'.

Allah berfirman:

"Hai orang-orang yang beriman; janganlah kamu mengkhianati Allah, Rasul dan apa yang telah diamanahkan kepada kamu; padahal kamu mengetahuinya."
(Surah al-Anfal : ayat 27)

2. Strategi operasi serta gerak kerja yang berkesan

Pelaksanaan gerak kerja berharakah memerlukan strategi bertindak yang rapi dan teratur. Tanpa strategi yang sesuai dengan fiqh al-Muwazanat serta fiqh al-Awlawiyat maka organisasi mahasiswa sukar meraih kecemerlangan seperti yang diidamkan.

Tuesday, April 6, 2010

~Mutiara~

Bismilahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah ada masa lagi untuk singgah di blog yang tak seberapa ni. Sebenarnya banyak jer masa. ALMAKLUM jelah status "MAHASISWI" dah tamat tempoh hampir sebulan yang lepas. Otak beku ni pun macam nak pecah jer sebab banyak sangat nak tulis idea-idea baru.

Kasih imbau kembali apa yang berlaku pada pagi tadi. Masa sarapan pagi sambil2 tengok rancangan kat tv bertajuk 'Mutiara' ditayangkan di tv9 (dekat DEHEARTY) pada pukul 11 pg - 12 tga hari (sarapan pagi merangkap makan tengah hari la katakan..jimat sikit tengah ciput nie). Jadi peminat pada cerita indon ni pun sebab selalu teman my fren (fatihatun) tengok citer ni..yelah duk kat umah num 2 memang asyik dok tengok tv jaa. Lagi2 laa ni xdak keja nak buat. tengok tv jela. Sampai suma rancangan kat tv 2 kira2 boleh dihafal la jugak.

Kita tinggalkan cerita bagaimana kasih mengenali rancangan2 kat tv tadi. BERCELOTEH mengenai cerita 'Mutiara', kisah dua orang adik beradik kembar (tiara dan mutia) dan digabungkan menjadi MUTIARA.

Apa yang ingin kasih bawakan disini adalah bukan mengenai kisah ataupun kandungan rancangan tv tersebut, tetapi tujuan utama kasih menyentuh cerita MUTIARA ialah ketabahan sebuah keluarga dalam menempuhi dugaan dalam kehidupan. Ibarat "SUDAH JATUH DITIMPA TANGGA". Dahla jatuh miskin, rumah disita, sampaikan nak makan seharian pun payah. Cuba kita bandingkan dengan kehidupan kita pada masa kini.

Sejauh mana keperluan dan kehendak diri kita? Kadang-kadang kasih pun rasa berbelah bahagi bila berhadapan dengan dua situasi di atas. Antara KEHENDAK dan KEPERLUAN betul2 mencengkam keputusan yang bakal dibuat. Adakalanya tewas dan sometimes menang. Tapi apabila fikiran yang waras menguasai diri, ALHAMDULILLAH semuanya dapat diatasi. Nak lawan nafsu sendiri memang payah. Sebab 2 orang selalu cakap "Tepuk dada tanya IMAN". Bukannya orang yang bernama IMAN.

Panjangnya melalut. Kembali pada cerita tadi (belum habis lagi). Kemiskinan dan kepayahan yang berlaku terhadap keluarga MUTIARA, dihadapi dengan sekuatnya. Dan yang tertariknya, satu perkataan yang kasih ingat cukup membekas dalam diri.."walau apapun yang terjadi, kita masih tetap memiliki'. Maksudnya disini, keberadaan dan kebersamaan kita dalam keluarga adalah lebih penting daripada segala-galanya.

Harta kekayaan, kemewahan dan yang lainnya sudah tidak penting melainkan kasih sayang yang kita semaikan dalam diri ahli keluarga menjalar diseluruh urat nadi kita.. Hampir airmata jatuh tatkala melihat adegan tersebut..huk3.

Yelah hati mana tak tersentuh melihat seorang ibu sanggup untuk tidak makan semata-mata ingin kedua orang anaknya mendapat bekalan makanan yang cukup. Walaupun makanan yang dihidangkan hanyalah 'instant magie'. Itu makanan untuk pelajar2 kat universiti yang ingin berjimat(termasuk kasih sendiri). Huwwahh..sedih bangat..

Bukan sedih sebab cerita yang ada di depan mata, tetapi sedih mengenangkan terlalu banyak anak derhaka yang berlaku di dunia realiti kita. Tiap hari ada sahaja yang kena dera, kena bunuh. Tikam sana, pukul sini. Toksah nak habaq maila. Satu dunia sudah tahu.

Cuma apa yang kasih harapkan, kasih, adik2 kasih dan sahabat2 yang ada di luar sana tidak akan tergolong dalam golongan 'anak derhaka'. INSYA-ALLAH. Dan kasih juga berazam mahu menjadi anak yang solehah kepada kedua ibu bapa kasih dan kedua ibu bapa mertua kasih..he3. Dan bagi mereka yang masih lagi tidak memiliki kesedaran, segeralah bertaubat dan memohon keampunan daripada Allah yang Maha Esa. Kasih tinggalkan entri ini dengan secebis doa yakni Doa Mengeratkan Kasih Sayang Sesama Ahli Keluarga..

Maksudnya: "Ya Allah, berikanlah berkat kepadaku melalui isteriku, dan berikanlah keberkatan kepada mereka melalui diriku. Ya Allah, satukanlah kami dengan kebaikan, dan pisahkanlah kami jika perpisahan itu memberikan kebaikan pada kami semua."
(Athar sahih diriwayatkan oleh Abd. Razzaq dalam al-Musannaf No.10460-10461)

Monday, April 5, 2010

~Usrati~

MUQADDIMAH

Tonggak kepada Gerakan Islam ialah usrah. Tanpa usrah maka gerakan akan menjadi jumud dan tidak dapat melahirkan pekerja dan tenaga pelapis. Tanpa usrah yang betul maka tidak akan dapat mencapai matlamat yang perlu ada pada mana-mana gerakan. Segala keputusan akan dapat dilaksanakan dengan baik apabila konsep usrah dipraktikkan dalam gerak kerja jama'ah. Usrah juga bukan majlis ilmu semata-mata, tetapi ia satu majlis untuk meningkatkan komitmen kepada Islam dan memperjuangkan Islam di atas muka bumi ini. Usrah juga merupakan majlis untuk membincangkan masalah organisasi dalam jama'ah. Usrah juga berperanan untuk mengamalkan ukhuwwah Islamiyyah dalam jama'ah. Kesilapan memahami fungsi usrah menyebabkan perjalanan usrah menjadi lesu dan tidak bermaya dan tidak memberi apa-apa kesan pada peribadi dan juga pergerakan jama'ah.

PENGERTIAN USRAH

Usrah bermaksud keluarga. Dari segi istilah, usrah bermaksud kumpulan individu muslim yang beriman kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala, berusaha tolong-menolong antara satu sama lain untuk memahami dan menghayati Islam. Usrah membentuk suatu ikatan perpaduan yang dibina atas dasar aqidah Islam dan terjalin dengan suatu ikatan persaudaraan Islam (ukhuwwah Islamiyyah). Usrah juga merupakan medan tarbiyyah dalam usaha membentuk generasi yang sanggup hidup dan mati demi memperjuangkan Islam. Usrah juga dapat menyatu dan menyelaraskan fikrah.

MATLAMAT USRAH

  • Membentuk satu generasi yang benar-benar memahami Islam, beramal dengan ajaran Islam dan bersedia untuk memperjuangkan agama Allah Subhanahu wa Ta'ala.
  • Mendidik hati para anggota untuk menjadi manusia yang taat kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala.
  • Menghubungkan anggota secara langsung dengan ajaran Al-Quran dan As-Sunnah.
  • Mengiltizamkan anggota dengan akhlak Al-Quran supaya dapat mematuhi perintah Allah dan laranganNya.
  • Menjadikan Rasul dan para sahabat sebagai ikutan dalam kehidupan seharian.
  • Supaya berfikiran dan bertindak selari dengan apa yang diajar oleh Allah dan Rasul.
  • Sentiasa dapat bermulazamah dengan Al-Quran dan Al-Hadith.
  • Mewujudkan saf perjuangan yang tersusun rapi dan teguh.
  • Melahirkan keikhlasan kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala dalam setiap amalan.
  • Dapat membentuk peribadi muslim, keluarga muslim dan masyarakat muslim.
  • Merapatkan ukhuwwah dan kasih-sayang di kalangan anggota.
  • Menghidupkan budaya nasihat-menasihati di kalangan anggota.
  • Menanamkan semangat cintakan agama Allah Subhanahu wa Ta'ala.
  • Membuka saluran komunikasi dalam sebuah organisasi. Sistem usrah boleh digunakan untuk memuwujudkan satu sistem komunikasi yang baik di samping mewujudkan arahan sebutang (one button mobilisation).
  • Dapat menguji bakat dan kebolehan anggota masing-masing dan membahagikan tugas mengikut bakat dan kemampuan ahli.
  • Dapat memahami peribadi anggota dengan lebih dekat, seperti rajin atau malas, pemurah atau bakhil, sabar atau pemarah, berani atau takut dan sebagainya.

SEJARAH USRAH

Sejarah usrah bermula pada zaman Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam apabila pemeluk Islam meningkat kepada 30 lelaki dan wanita. Rasululllah Sallallahu 'alaihi wasallam telah memilih sebuah rumah yang terpencil, iaitu rumah Al-Arqam bin Abi Al-Arqam sebagai tempat menyampaikan segala ajaran islam, tunjuk ajar dan nasihat. Seruan ini telah berjaya menarik hampir 40 orang lagi memeluk Islam. Kebanyakan mereka adalah golongan fakir miskin dan hamba yang tidak ada tempat dalam masyarakat Quraisy.

p/s: Alhamdulillah. Inilah sedikit sebanyak perkongsian yang dapat di"sharing"kan bersama. Like someone says, "Sharing is caring. Caring is loving." Dah lama sebenarnya nk post, tp disebabkan kekangan masa, baru hari ini dapat dipostingkan..Ini pun dalam masa yang sama tengah sibuk menempah tiket untuk balik ke kampung halaman tercinta...BUT, first of all, syukur alhamdulillah dipermudahkan segala urusan. Allah memberi jalan. Dapat tiket yang murah..huhu seronoknya tak terkata. Dahla 2, dapat tiket MAS plak tuh...dengan hrga sebanyak RM139.. thanks also to my brother, Nur Hidayat Rahmat kerana bagi pinjam akaun CIMB dalam melancarkan urusan pembelian tiket. Dan berbanyak2 terima kasih for my beloved father & mother coz helping me to buying my ticket. InsyaAllah, akan ada sambungan lagi untuk tajuk ini..mudah-mudahan segalanya berjalan dengan lancar..AMEEN.

"Cinta Kita"



Inilah Peraturan Cinta

Peraturan cinta itu apa? Ia adalah syariat - hukum halal (wajib) , haram, sunat, makruh dan harus. Jangan dilanggar yang haram kerana cinta. Jangan diabaikan yang wajib kerana cinta. Manakala yang makruh dan sunat dipulangkan kepada kebijaksanaan dan kewarakan untuk membuat atau meninggalkannya.

Percayalah, kemanisan dengan menempuh jalan yang haram, akan berakhir dengan kepahitan.

Percayalah, kepahitan yang dirasai kerana menjaga yang wajib pasti membuahkan kemanisan yang berkekalan.


Tip Bercinta Sampai Syurga
  • Dahulukan hak Allah daripada hak pasangan kita.
  • Hadiri majlis pengajian bersama.
  • Sentiasa bekerjasama untuk membuat kebaikan dalam rumah tangga dan masyarakat.
  • Sama-sama saling ingat mengingatkan agar menjauhi kemungkaran.
  • Rela berkorban kesenangan sesama pasangan demi bakti sesama manusia.
  • Berdoa dan bersedekah sebagai wasilah mengekalkan cinta.
  • Membaca al-Quran di permulaan dan pengakhiran hari.

p/s: Moga kasih akan "bercinta sampai ke syurga". InsyaAllah, akan ada "Arafah" cinta kita. Akan ada syurga kita..AMEEN.


Jalan yang Lurus

Bagaimana
Dapatku Meniti
Jalan yang Lurus..


Di mana jalan yang lurus?
Ada pada al-Quran

Firman Allah, maksudnya: "Dengan yang demikian, berpegang teguhlah engkau kepada Al-Quran yang telah diwahyukan kepadamu; kerana sesungguhnya engkau berada di atas jalan yang lurus."
(Surah al-Zukhruf: 43)


Siapa akan melalui jalan ini?
Yang menyembah Allah

Firman Allah, maksudnya: "Sesungguhnya Allah ialah Tuhanku dan Tuhan kamu, oleh itu beribadatlah kamu kepadaNya. Inilah jalan yang lurus.
(Surah Ali Imran: 51 )

Yang bersyukur

Firman Allah, maksudnya: "Dia sentiasa bersyukur akan nikmat-nikmat Allah. Allah telah memilihnya (menjadi Nabi) dan memberi hidayat petunjuk kepadanya ke jalan yang lurus."
(Surah al-Nahl: 121)


Ke mana jalan ini membawaku?
Kepada cahaya iman

Firman Allah, maksudnya: "Dengan (Al-Quran) itu Allah menunjukkan jalan-jalan keselamatan serta kesejahteraan kepada sesiapa yang mengikut keredaanNya dan (dengannya) Tuhan keluarkan mereka dari gelap-gelita (kufur) kepada cahaya (iman) yang terang-benderang, dengan izin-Nya dan (dengannya juga) Tuhan menunjukkan mereka ke jalan yang lurus."
(Surah al-Maidah: 16)


Friday, April 2, 2010

suara hati

RASA SEDIH SANGAT MALAM INI..TERASA MAHU MENANGIS..