BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, March 29, 2010

besa-besa saja

Bismilahirrahmanirrahim..

terasa malam ini mahu menulis...mgkin juga disebabkan sudah selesai membaca novel yang baru dibeli di pesta buku mggu lepas.."Warkah cinta berbau syurga"..hasil karya A.Ubaidillah Alias..ada lagi satu buku yang belum cuba untukku mulai membacanya..iaitu "Titian nabi", hasil karya Muhammad Masykur A. R Said. entah bagaimana pula rasanya bila membca novel tersebut..agak lama juga hamba baru mulai berjinak2 lagi membaca novel..setelah sekian lama berhenti membacanya..(xdelah lama sangat tp mgkin dalam setahun jgk kot, yelah dah lama xbeli novel yg terbaru)..agak2 hamba ini dikira kaki novel jgkla ya..tapi bukan kaki novel cinta tapi lebih ke arah novel Islami gitu. hikhikhik...hendak dikata ada terkesan di sanubari mugkin juga ada sedikit2...kesannya tertumpah pada anak mata..hahahaaha..jiwang jugak hamba nie. hendak cerita panjang lebar mungkin xlarat tapi hanya ulasan ringkas sahaja yang boleh hamba nukilkan sebagai tnda peringatan pada hari ini...pendirian seorang laki yang tidak mahu terjebak dalam cerita "cinta" pada dua orang muslimat, Wardah dan Balqis. pendirian dan ketegasannya itu memberi kesan sama ada zahir atau batin pada kedua2nya. alunan bahasanya yang indah, atur katanya yang mudah memberikan hamba satu kelainan bila membacanya...terasa diri berada didalamnya...hehehe...pepun tahniah pada penulisnya.

p/s: Hadapilah kehidupan dengan kesungguhan kerana di akhirnya nanti akan mendapat kemanisan.

~ Aku cinta Allah ~


Andaikan diriku bisa seperti yang lain,
yang Kau sayang,
yang Kau rindukan,
yang Kau cintai.

Aku lemah,
tanpamu aku lelah,
aku sungguh tak berdaya,
tolongku,
tolongku,
ya Allah.

Setiap airmata ku mengalir,
Allah aku lemah dan tak bererti,
setiap derai tangis membasahi,
Allah jangan tinggalkan aku lagi.

Aku sayang Allah,
aku rindu Allah
aku cinta Allah.

Aku lemah,
tanpamu aku lelah,
aku sungguh tak berdaya,
tolongku,
tolongku,
ya Allah.

Setiap airmata ku mengalir,
Allah aku lemah dan tak bererti,
setiap derai tangis membasahi,
Allah jangan tinggalkan aku lagi.

Aku sayang Allah,
aku rindu Allah,
aku cinta Allah.

Thursday, March 11, 2010

Jadilah Diri Sendiri

Adalah tidak tepat jika kita melihat hidup ini sebagai satu pertandingan yang masing-masing ingin mencapai kejayaan.

Tetapi bagaimana kalau anda berasa sedang bertanding dengan diri sendiri? Yakni anda harus berusaha agar mempamerkan, mengeluarkan atau menghasilkan sesuatu dengan fikiran, tenaga, keupayaan yang paling tinggi dan terdaya, dan usaha yang paling optimum (terbaik), terhadap diri anda sendiri.

Apabila bertanding dengan diri sendiri anda akan berasa malu kalau anda "kalah" dengan diri sendiri, tetapi jangan pula rasa malu jika anda "kalah" dengan orang lain.

Namun lazimnya orang yang menang dalam bertanding dengan dirinya sendiri akan turut menang juga dalam pertandingan dengan orang lain.

"Only me can beat me!" Benar, anda sahaja boleh mengalahkan diri anda sendiri. Jadi mulalah bertandinglah dengan diri-kalahkan rasa malas, tundukkan sifat malu tidak bertempat, atasi rasa takut yang tidak kena pada masanya dan lain-lain sifat negatif.

Satu perkara yang harus dihindari ialah sikap suka membanding-bandingkan diri dengan kawan-kawan. Hal ini kerana membandingkan diri anda dengan kawan-kawan anda sama ada yang lebih baik atau kurang baik daripada anda akan memberi kesan negatif terhadap diri. Mengapa?

Sebab kita semua mempunyai "jangka masa perkembangan" yang berbeza antara satu sama lain. Sama ada dari segi perkembangan emosi, fikiran dan jiwa, tempoh kematangan manusia tidak sama. Kita dibesarkan dalam linkungan, latar belakang keluarga dan suasana yang berbeza, maka jadual kematangan kita juga berbeza.

Dalam hidup kita mesti mengatasi pelbagai halangan yang berbeza dengan orang lain. Tembok yang ada di hadapan kita sudah pasti tidak sama tinggi atau rendahnya dengan tembok orang lain. Mereka di laluan mereka, kita di laluan kita. Berhenti daripada membandingkan laluan kita dengan laluan orang lain kerana sudah pasti laluan itu tidak sama. Mudah pada mereka mungkin payah untuk anda. Payah buat mereka, mungkin mudah buat anda.

Tabiat membanding-bandingkan kita dengan orang lain meletakkan hidup kita umpama ombak laut yang dipukul angin. Perasaan kita akan sentiasa tidak stabil. Turun naik silih berganti. Satu masa kita rasa bangga tetapi satu ketika yang lain kita rasa putus asa. Yakin pada satu tahap dan ragu-ragu pada tahap yang lain.

Binalah diri anda sendiri, sayangi diri itu dengan membina satu keyakinan bahawa Allah Maha Adil dengan mengurniakan bakat dan kemampuan untuk mencapai kejayaan dalam hidup berbekalkan kelebihan dan kekurangan yang anda miliki. Kita adalah unik, justeru tidak ada sesiapa yang serupa dengan anda dari segi luaran dan dalaman.

Tuesday, March 9, 2010

Keyakinan Diri Yang Tinggi

Petunjuk orang yang mempunyai keyakinan diri ialah:

  1. Mampu melakukan kerja yang perlu dibuat walaupun tidak disukai.
  2. Berdaya tahan dan berdaya saing.
  3. Ada self-discipline, self-motivation dan mampu melakuakn self-censored.
  4. Mampu meminta maaf jika bersalah dan memberi maaf jika dipinta.
  5. Sanggup mengakui kesalahan diri dan memperbaikinya.
  6. Meraikan perbezaan tanpa mewujudkan suasana konflik.
  7. Berdikari, proaktif dan produktif.
  8. Berani dan sanggup menanggung risiko.
Hukama ada berkata, "Kuasai diri kamu, nescaya kamu akan dapat menguasai dunia ini." Rahsia kejayaan "orang besar" itu terletak kepada kemampuan mereka menguasai diri sendiri. Dan dengan itu barulah mereka berjaya mengubah, mempengaruhi dan memimpin orang lain. Hal ini mengingatkan hamba kepada satu madah yang berbunyi: "Jangan kamu marah jika orang lain tidak berubah sepertimana yang kamu kehendaki jika kamu sendiri tidak berubah seperti yang kamu kehendaki."

Tegasnya, "kekuatan" dalam diri ialah apabila kita dapat melakukan sesuatu yang perlu dilakukan dan meninggalkan sesuatu yang tidak perlu dilakukan. Kita ingin kuat. Kuat dalam erti kata dapat menentukan arah hidup dan jalan hidup kita sendiri. Kuat untuk menghadapi dan akhirnya meraih kejayaan. Kuat untuk mengakui kesalahan dan memperbaikinya.

Kuat untuk bertanggungjawab terhadap keputusan yang dipilih dan sanggup menanggung risikonya. Kuat untuk berhijrah dari "zon selesa" tapi penuh kebekuan untuk menuju "zon mencabar" yang penuh dugaan, tetapi di situlah letaknya kejayaan dan kecemerlangan.

kalau begitu bagaimana? Adakah masih ingin terus dalam zon selesa? Tidak mungkin. Jadi keluarlah menuju zon yang mencabar dan bersiap sedialah menghadapi kata nista, cerca dan penghinaan musuh-mussh kita. Jangan terus salahkan musuh. Apa yang mereka hendak kata, biarlah...Siapa yang mengharap keredhaan manusia, pasti akan kecewa. Nampak gah seketika tetapi akhirnya merudum di telapak kaki manusia yang dipuja-pujanya itu. Itulah lumrah orang berjuang. Yang penting binalah keyakinan diri. Kemudian ubahlah diri, nescaya dunia akan "berubah" mengikut perubahan kita!

Monday, March 8, 2010

Keistimewaan Bangun Sebelum Subuh

Kalau anda boleh bangun sebelum subuh banyak perkara yang boleh anda lakukan antaranya:

- Solat Tahajud 2, 4, 6,atau 8 rakaat dan ditutup dengan solat Witir 3 atau satu rakaat.

- Bersahur jika anda hendak berpuasa sunat pada hari Isnin dan Khamis.

- Membaca beberapa lembaran al-Quran.

- Menulis blog atau Facebook.

- menyedut udara segar yang kaya dengan oksigen.

- menikmati ketenangan alam.

Hampir waktu Subuh

Anda boleh mendengar bacaan al-Quran atau tarhim dari menara masjid atau surau berhampiran. Sebaik sahaja masuk waktu subuh, anda boleh solat Subuh berjemaah di masjid atau surau. Anda boleh solat sunat Tahiyatul Masjid dan solat sunat Subuh dua rakaat dengan selesa.

Lepas Solat Subuh

Anda boleh melakukan banyak aktiviti yang bermanfaat antaranya:

1. Berwirid dan berzikir sama ada bersama imam atau bersendirian.
2. Mendengar kuliah Subuh.
3. Menelaah fardhu ain atau menghafal al-Quran.
4. Joging sejauh 4 hingga 6 kilometer.
5. Membersihkan halaman rumah.
6. Membersihkan pokok bunga atau sayur di perkarangan rumah anda.
7. Memberi makan haiwan peliharaan.
8. Membaca akhbar pagi.
9. Sarapan pagi.
10.Membasuh pakaian.


Tautan SOLUSI

Metafora: Si Anak Gajah

Seekor anak gajah dirantai sejak kecil pada sebatang tiang. Pada mulanya anak gajah itu meronta-ronta untuk melepaskan diri. Anak gajah itu tidak terdaya kerana kakinya masih kecil, manakala rantai serta tiang yang menambatnya begitu kuat. Hari demi hari dicubanya, tetapi anak gajah itu tidak dapat melepaskan diri. Lama-kelamaan anak gajah tidak mahu mencuba lagi kerana takut dengan risiko kegagalan.

Setelah bertahun dalam keadaan itu, anak gajah membesar sebagai gajah dewasa. Badan, kaki dan lain-lain anggota badannya sudah turut membesar lebih daripada rantai dan tiang yang menambatnya sejak kecil. Secara logiknya dengan sekali rentap sahaja besi dan tiang itu boleh tercabut. Sayangnya, gajah itu tidak pernah terfikir untuk berbuat begitu. Kenapa? Kerana ia sudah hilang keyakinan diri. Pengalaman gagal semasa kecil menyebabkan gajah itu tidak mahu mencuba lagi. Padanya, ia tetap tidak mampu melakukannya.

INILAH bahana hilang keyakinan diri. Dan dalam kehidupan manusia, apa yang dialami oleh gajah itu juga sering terjadi. Khususnya buat umat Islam yang sekian lama dijajah oleh musuh dalaman dan luarannya, semangat berjuang menjadi semakin luntur.

Monday, March 1, 2010

~Hikmah Perkahwinan~


Allah berfirman dalam surah al-Nisa' ayat 1, mafhumnya: "Wahai sekalian manusia! Bertakwalah kepada Tuhan kamu yang telah menjadikan kamu (bermula) dari dir yang satu (Adam) dan yang menjadikan daripada itu pasangannya (Hawa) dan juga yang membiakkan daripada kedua-duanya zuriat keturunan lelaki dan perempuan yang ramai. Dan bertakwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut-nyebut nama-Nya, serta peliharalah hubungan (silaturahim) kaum kerabat kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati kamu."

Perkahwinan ialah perkongsian kehidupan yang harus dilalui oleh setiap manusia. Berkahwin adalah proses semula jadi yang diaturkan oleh Allah s.w.t mengikut sifat semula jadi dalam diri manusia itu sendiri. Allah yang mencipta manusia, maka Allah juga yang berhak menyusun peraturan dan susur galur perkahwinan.

Bermula dengan perkahwinan Adam a.s dan isterinya Hawa, maka berkembang biaklah zuriat manusia di atas muka bumi ini. Hukum-hakam perkahwinan berubah mengikut zaman hingga sampai kepada zaman Nabi Muhammad s.a.w. Walaupun demikian, perkahwinan tetap mempunyai hikmah yang cukup besar yang memberi manfaat kepada manusia itu sendiri.

Hanya coretan di malam hari..mengisi masa tanpa biar dibuang usia..hikhik...Sebenarnya ditujukan khas buat sahabat tercinta yang telah melangsungkan perkahwinannya pada 15hb Februari 2010..Hamba mendoakan mereka berbahagia kekal hingga ke syurga..AMEEN. Gelarannya pun sudah btukar kini..hikhik..

~Hati Sakit atau Sihat~

Semoga hati kita akan menjadi dalam kalangan hati yang menerima rahmat dan hidayah daripada Allah s.w.t.


"Ketahuilah, sesungguhnya di dalam badan itu ada seketul daging, apabila ia baik, baiklah seluruh badan. Dan apabila rosak, rosaklah seluruh badan. ketahuilah, ia adalah hati."

Sebuah hadis yang menarik untuk kita renungkan adalah tentang respons atau tindak balas hati manusia Mukmin yang melakukan amalan sama ada baik atau buruk. Imam al-Tirmizi meriwayatkan bahawa seseorang hamba itu masih dikira Mukmin sekiranya dia mempunyai dua sifat; iaitu ketika dia melakukan kebaikan, hatinya gembira dan ketika dia melakukan dosa, hatinya tidak selesa dan tidak senang. Inilah petunjuk yang kita cari dalam menentukan sama ada hati kita masih baik, sakit atau tenat.

Sekiranya kita masih lagi merasai pahitnya dosa dan lazatnya beribadah, itulah hati yang beriman dan bersyukurlah. Namun sekiranya kita tidak merasai kelazatan beribadah, malah lazat itu bertukar menjadi tidak tenang dan rungsing. Ini amat membimbangkan. Kenapa?

Terdapat sebuah hadis riwayat Imam Muslim melalui sahabat bernama Hudzaifah, Rasulullah s.a.w memberitahu kita bahawa terdapat hati-hati manusia yang sampai ke tahap terlalu hitam dengan dosa dan maksiat, sehinggakan dia "tidak kenal kebaikan dan tidak menentang kemungkaran, apa yang dia tahu hanyalah apa yang diberikan nafsunya." Ini adalah satu keadaan apabila hati kita semakin tenat dan hamba pasti ramai yang amat bimbang dengan situasi yang berlaku dalam dunia Islam masa kini khususnya di negara kita. Sebahagian remaja dilihat seolah-olah tidak lagi kenal mana baik dan mana buruk. Sebaliknya pula dia dilihat menyukai keburukan dan menentang pula kebaikan.

Bagaimanakah remaja atau sesiapa sahaja yang hatinya begini, boleh dirawat? Pasti ia memakan masa dan memerlukan pelbagai langkah untuk memberikan penawar kepada hatinya. Apatah lagi jika dilihat kepada keluarga yang membesarkan anak-anak pada masa kini. Bagaimanakah hati anak-anak akan suci bersih jika hati ibu bapanya dalam keadaan gelap dan tidak bercahaya?



~Simura 2010~




Mari sahabat2, kita pergi beramai-ramai..