BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, February 25, 2010

~ Pemimpin Wajib Mentarbiahkan Hati~




Tarbiyah hati, inilah satu tanggungjawab yang sering diabaikan oleh pemimpin Islam. Padahal tarbiyah hati itulah pangkal segala kebaikan. Jika hati telah dididik, kekurangan luaran (krisis ekonomi, kekurangan bahan mentah dan lain-lain lagi) akan dapat dihadapi dengan sebaik-baiknya. Bahkan undang-undang dan peraturan negara pun akan dapat dipatuhi dengan baik jika tarbiyah hati ini telah benar-benar dapat dimantapkan.


Jiwa atau hati adalah raja dalam diri manusia. Ia umpama pemerintah yang menentukan buruk dan baik sifat seseorang. Hati juga ada keperluannya. Tetapi kerana sifatnya yang abstrak (maknawi), maka keperluannya juga bersifat abstrak. Keperluan hati ialah iman dan takwa. Oleh kerana sifatnya yang maknawi, maka hanya pemimpin yang mempunyai "mata hati" sahaja dapat melihat adanya keperluan ini dan cara untuk memenuhinya.


Jika jasad perlukan makan minum, akal perlukan ilmu, maka hati pula memerlukan iman (keyakinan). Iman sangat penting dalam hidup kerana ia memeberi arah tuju kepada segala aktiviti manusia. Ia juga yang akan menentukan sistem nilai, paradigma ataupun pandangan alam (world-view) seterusnya sikap serta kelakuan seseorang. Tegasnya, ilmu yang tinggi sahaja tidak akan membawa ke mana-mana tanpa iman yang mantap. Iman yang bertapak di hati ini perlu dibangunkan oleh setiap pemimpin.


Pemimpin perlu berusaha memantapkan soal iman dan keyakinan rakyatnya secara menyeluruh. Menyediakan prasarana dan sistem pembelajaran keimanan (fardhu ain) dalam bentuk ilmiah sahaja tidak memadai untuk menterjemahkannya dalam kehidupan. Tetapi apa yang lebih diperlukan ialah ilmu itu perlu diyakini dan diresapkan ke dalam hati rakyat jelata.


Misalnya, "tahu Allah Maha Melihat" hanya di akal, tetapi untuk merasai Allah Maha Melihat adalah soal hati. Ia lebih mendalam dan mendasar sifatnya. Untuk memantapkan soal-soal yang ada kaitannya dengan keyakinan ini, para pemimpin mestilah terlebih dahulu memiliki keyakinan itu dan berjaya menterjemahkan keyakinan itu menerusi sikap dan perlakuan.


Hanya keyakinan yang dapat membentuk keyakinan. Dan keyakinan yang mantap mesti melahirkan tindakan. Tindakan inilah yang akan membentuk sikap, dan sikap inilah kemudiannya membentuk teladan. Dalam usaha mendidik hati, teladan lebih berkesan berbanding saranan.


Sehubungan itu, cara mendidik yang terbaik ialah dengan mempamerkan teladan yang baik. Justeru, seorang pemimpin yang mempunyai keperibadian yang baik secara tidak langsung telah mempunyai kemahiran yang paling tinggi dalam mendidik pengikutnya. Ini kerana rakyat lebih mempercayai mata (apa yang mereka lihat) berbanding telinga (apa yang mereka dengar). Rakyat akan mudah mengikut cakap pemimpin jika apa yang dibuat oleh pemimpin selaras dengan apa mereka cakapkan.


Keperluan rohani kepada iman dan takwa ini ialah keperluan yang sangat sukar diisi oleh para pemimpin sedangkan ia adalah keperluan yang paling utama dibandingkan keperluan-keperluan yang lain. Bukan itu sahaja, malah ada para pemimpin yang tidak menganggap soal ini sebagai satu keperluan apalagi satu keutamaan. Ini soal remeh, apa yang dipentingkan ialah keperluan fizikal dan akal semata-mata, didakwa mereka.


Oleh sebab memandang remeh akan keperluan inilah, maka kita sedang berdepan dengan pelbagai masalah. Sebab itu tidak hairan jika kita dapati ramai remaja yang terjerumus ke lembah kejahatan walaupun telah mendapat kemewahan hidup dan ilmu agama yang mencukupi.


Ada pemimpin yang tidak tahu apa yang sebenarnya diperlukan oleh rakyat. Mereka bertungkus lumus memenuhi keperluan fizikal dan akal dengan anggapan mereka sudah pun menjalankan tugas kepimpinan dengan baik, sedangkan pada hakikatnya mereka bukanlah pemimpin yang baik. Hal ini kerana mereka mengabaikan keperluan hati rakyat-rakyatnya.


Pemimpin mestilah menyedari bahawa tanggungjawab mereka bukan sahaja memberi kemudahan dan keselesaan hidup di dunia tetapi juga keselamatan dan kebahagiaan di akhirat. Setiap pemimpin akan ditanya akan nasib rakyatnya di akhirat!


Mudah-mudahan dengan kesedaran ini, para pemimpin atau mereka yang beria-ia hendak menjadi pemimpin, rela bermuhasabah sejenak tentang kemampuan mereka intuk mengisi keimanan dalam jiwa rakyat. Dalam Islam, ini adalah keperluan rakyat yang asasi. Misi inilah yang dilaksanakan oleh Rasulullah s.a.w


Monday, February 22, 2010

~kalau Benar Cintakan Allah~




Sebutlah nama Allah banyak-banyak. Allah berfirman dalam surah al-Fath ayat 9 yang bermaksud: "Supaya kamu semua beriman kepada Allah dan Rasul-Nya, menguatkan (agama)-Nya, membesarkan-Nya, dan bertasbihlah kepada-Nya pada waktu pagi dan petang." Bertasbih di sini bermaksud kita berzikir dengan kuantiti dan kualiti yang tinggi. Zikir lidah, zikir hati dan zikir perbuatan semuanya menjurus kepada membesarkan Allah dan segala yang lain kecil belaka.

Lidah menyebut kalimah Allah, lalu hati merasakan kebesaran dan keagungan-Nya dan tindakan menyusul apabila kita selaraskan segala perbuatan dengan hukum-hakam-Nya. Itulah zikir yang hakiki. Kesannya sepadu. Ia akan memberi ketenangan dan kekuatan.

Namun apabila Allah dilupakan, umat akan kurang menyebut nama-Nya lagi. ketika itu hati-hati pun lalai daripada merasakan kebesaran dan keagungan-Nya. Akibatnya hukum-hakam diabaikan dalam tindakan dan perbuatan. Apabila terjadi jangan ditangisi jika Allah "lupakan" kita.

Allah hanya menjadi pembela kepada orang yang bertakwa. Orang yang bertakwa adalah orang yang banyak mengingati-Nya; dengan lidah, hati dan perbuatan. Menjadi seorang Muslim sahaja (bukan muttaqin), tidak melayakkan kita mendapat jaminan bantuan daripada-Nya. Siapakah kita, mutaqqin atau hanya Muslim?

Muslim, lebih-lebih lagi Muslim yang fasiq, kurang berzikir malah ada yang tidak berzikir langsung. Apakah Allah akan mengingati kita jika kita melupakan-Nya? Lalu terbiarlah kita dihina, dizalimi dan diperkotak-katikkan oleh musuh tanpa mendapat pembelaan.

Sayidina Umar pernah mengingatkan, bahawa dia lebih bimbangkan dosa-dosa yang dilakukan oleh tentera Islam berbanding kekuatan dan perancangan musuh. Dosa-dosa akan akan menghalang daripada datangnta bantuan Allah kepada kita. kenapa orang melakukan dosa? Jawabnya, kerana lupakan Allah. Lupa zikir kepada-Nya. Justeru, untuk mendapat kekuatan, elakkan dosa. Dan untuk elakkan dosa sentiasalah mengingati Allah.

Ya masakan orang yang sentiasa ingatkan Allah tergamak bergelumang dengan dosa? Jika terlanjur sedikit pun mereka segera bertaubat. Orang yang beginilah akan mendapat bantuan Allah dalam apa yang mereka usahakan dan perjuangkan. Mereka disokong oleh kawan dan dihormati oleh lawan. belum pun bertempik, hanya berbisik, orang akan akur dan tunduk.

Apabila Allah akrab dengan kita, siapakah yang berani memusuhi kita? King Richard yang berhati singa itu pun tunduk kepada Sultan Salehuddin al-Ayubi. Mengapa? Apakah hanya kerana kekuatan Salehuddin? Tidak, tetapi kerana akhlak dan keperibadiannya yang ditempa dengan zikrullah. Hasilnya, sifat pemaaf, kasih sayang dan prihatinnya, tidak terbatas. Merentas sempadan bangsa, negara dan agama.

Musuh tidak terlalu laju, tetapi orang Islam terlalu perlahan. Kita seharusnya ke depan dengan roh cinta dan kasih sayang. Dengan cinta kita berdakwah, berhujah dan menjelaskan dengan penuh hemah dan hikmah tanpa dibauri oleh kebencian dan prasangka.

Dengan cinta kita tidak hanya menyebut nama-Nya, mengingati-Nya dan mendaulatkan hukum-hakam-Nya dalam diri tetapi kita akan kembangkan sayap cinta itu ke dalam rumah tangga, organisasi, masyarakat dan negara.

Kalau benar cintakan Allah, cintailah diri dan ummat ini dengan banyak mengingati-Nya. Bangun seawal Subuh, bersih dan sucikan diri. Lalu solatlah untuk mengingati-Nya. Kemudian, bertebaranlah di muka bumi untuk mencari rezeki yang halal dengan meninggalkan segala bentuk rasuah, riba dan penyelewengan.

Atur keluarga mengikut syariat. Jauhkan pendedahan aurat. Perangi pergaulan bebas, racun hedonisme dan fesyen bohemian dalam kehidupan diri dan remaja kita. Pacu kemajuan ekonomi, tetapi jangan lupakan hukum Ilahi. Bersiasahlah tetapi jauhi fitnah dan kepentingan diri. Ingat Allah! Jaga halal dan haram dalam setiap perilaku dan perbuatan.

Kalau benar cintakan Allah...ingatlah, "Cinta itu bukan kata-kata, love is a verb (cinta itu tindakan). Bangkitlah dengan kecintaan dan bukan dengan satu kebenciaan. Jangan marahkan orang yang tidak cinta... jika kita sendiri tidak mencintai. Marahkan diri kita dahulu, sebelum marahkan mereka. Tidak malukah kita kepada Allah, justeru kita demikian...bererti cinta kita hanya kata-kata? Hanya pura-pura?

~Assalamualaika Ya Rasulallah



" Ya Allah, cintailah dia..."


Abu Hurairah berkata, : "Kedua-dua telingaku ini pernah mendengar dan kedua-dua mataku ini pernah melihat Rasulullah s.a.w mengambil Hasan atau Husain dengan kedua tangannya, lalu kaki Hasan atau Husain berada di atas kaki Rasulullah. Rasulullah pun bersabda yang bermaksud: 'Naiklah wahai anak yang pendek, anak yang pendek dan bermata kecil ( sebagai gurauan dan tanda sayang ). 'Kemudian anak kecil itu naik hingga ia meletakkan kedua kakinya di atas dada Rasulullah. Rasulullah pun bersabda ( mafhumnnya) : "Bukalah mulutmu." Lalu Rasulullah menciumnya dan bersabda: 'Ya Allah, cintailah dia kerana sesungguhnya aku mencintainya.'

Thursday, February 18, 2010

~Agenda Hijrah kita~

Bismillah wa Alhamdulillah..

Sungguh bersyukur ke hadrat Allah kerana di beri kesempatan masa..Walaupun panas datang menerpa (malam ini) tetapi hujan diturunkan sebagai penggantinya. Alhamdulillah.

Entri malam ini hamba kira begitu istimewa isinya. Sebenarnya hamba ingin berkongsi sebuah entri yang cukup berharga, sarat dengan dakwah, bukan tujuan untuk menongkah arus di depan mata, tetapi atas rasa cinta dan kasihnya entri tersebut berjaya dilakarkan. Dan ana diberi kesempatan untuk membacanya lantas mencuba sedikit "komen terbuka" terhadap entri kecil itu.

Antara isi-isi yang menarik minat hamba tanpa terus berhenti membaca ialah:

"Secara hakikatnya, organisasi Islamlah yang masih ketara menunjukkan ketidakcekapan dan kelembapan dalam bertindak. Sementara dunia bergerak pantas, isu kemanusiaan semakin kompleks dan rumit, gerakan Islam masih ketinggalan dalam menampilkan pengurusan yang amat asasi untuk mengenengahkan kewibawaannya sebagai badan yang boleh membawa impak melalui penyataan mahupun tindakan.

Oleh itu beberapa faktor organisasi Islam harus diperkemaskan dan disusun semula untuk menapak dengan lebih berjaya dalam urusan dakwah mereka. Beberapa disiplin harus diberi penekanan. Antaranya ialah;

1. Disiplin Pengurusan Keahlian :

1) Tarbiah dan usrah :
Wujud suatu keadaan di mana anggota-anggota tidak mempunyai kefahaman yang jelas mengenai tanggungjawab dan amanah yang terbeban ke atas mereka apabila mereka bersetuju untuk bersama dalam organisasi. Oleh itu, melalui proses tarbiyah ahli yang kemas dengan membudayakan system usrah di semua peringkat, mampu menanam beberapa etika dan kefahaman terhadap tanggungjawab dan keperluan mereka menyertai jamaah. Selain itu, melaui tarbiyah juga, sifat wala’ kepada pimpinan, mahabbah dan ukhuwwah sesama ahli harus diberi penekanan penting dalam merapatkan dan mengukuhkan saf dalam jamaah.

2) Disiplin pengumpulan yuran keahlian :
Seringkali disiplin ahli di dalam organisasi Islam tidak dapat dikawal dengan rapi dalam hal ini. Di satu pihak pengurusan dalam gerakan Islam tidak punya sistem yang berkesan, di satu pihak yang lain pula anggota-anggota kerap tidak mengambil tanggungjawab untuk membayar yuran sebagaimana yang diwajibkan. Ini berpunca dari disiplin pengurusan dan disiplin keanggotaan yang mengamalkan sikap tidak bersungguh dan acuh tak acuh dalam berorganisasi. Sebenarnya, pengumpulan yuran ini amat penting untuk menyatakan kesungguhan, disiplin, keikhlasan, kesanggupan serta pengorbanan kepada organisasi.

3) Disiplin dan sistem saluran maklumat ke peringkat akar umbi dalam organisasi :
Di dalam organisasi-organisasi Islam, seringkali didapati anggota-anggota terputus hubungan dari maklumat dan perkembangan semasa sehingga ramai pula yang ‘menganggur’ ketika berada dalam organisasi. Ekoran dari itu anggota yang sebegitu ramai bukan lagi menjadi asset tetapi menjadi liabiliti kepada organisasi. Ketidakseragaman fahaman dan perspektif dalam menanggapi sesuatu isu kerana tidak dilengkapkan dengan maklumat yang kemaskini menyebabkan anggota-anggota terus bersimpang siur dalam berfikir dan bertindak. Pendisiplinan sistem saluran maklumat kepada ahli ini harus diperkemaskan agar setiap ahli berjaya membawa imej yang kemas mewakili organisasi tersebut, lalu setiap gerakan yang besar dengan bilangan ahli yang ramai tidak lagi menjadi beban dengan calitan-calitan tohmah, sebaliknya menjadi duta kepada gerakan untuk membawa misi yang digagaskan oleh gerakan tersebut. Justeru, disiplin mengedar dan mengemaskinikan maklumat untuk diguna oleh anggota menjadi suatu usaha pengukuhan yang amat penting kepada sesebuah organisasi gerakan Islam. Tatkala berlaku kelonggaran dalam disiplin ini, organisasi tersebut akan terungkai ikatannya untuk menjalinkan hubungan antara pengurusan, kepimpinan dan anggota-anggotanya. Akibat seterusnya gerakan Islam itu sendiri tidak dapat mewakili apa-apa makna dari kewujudannya.

4) Disiplin pembangunan diri oleh anggota:
Dalam disiplin pengurusan keahlian juga, Organisasi islam harus memberi penekankan penting dan menanam disiplin pembangunan diri kepada setiap anggota organisasinya. Disiplin pembangunan diri ini merangkumi beberapa aspek penting iaitu, membina ruh Islam, membina thaqafah, menambah ilmu pengetahuan, menguasai isu semasa, menambah pengalaman bekerja dalam organisasi, meningkatkan komitmen dan dedikasi. Program pembangunan diri ini merupakan suatu usaha penting dalam membentuk jamaah yang lebih kuat dengan keupayaan memanfaatkan semua ahlinya dalam penyertaan gerakkerja.

Sungguh hamba cukup terkesan di dalam hati akan apa yang dicernakan oleh minda saudara penulis. Hal ini bukanlah bermaksud penulis menuding jari semata-mata tetapi ia adalah satu peringatan kepada kita semua yang benar-benar cintakan perjuangan suci ini. Hamba cuma mengambil sedikit sahaja isi-isi aksara beliau (cukup panjang..jangan marah naa) supaya sahabat2 boleh membacanya secara penuh di teratak beliau iaitu http://www.bayu06senja.blogspot.com


Apa yang hamba dapat simpulkan hanya sedikit sahaja. Jika kita meneliti kembali dalam catatan sejarah, ada dua tokoh besar Islam yang telah mencatat kemenangan ke atas musuhnya. Pada kurun ke-14, muncul Sultan Muhammad al-Fateh yang berjaya membebaskan kota Constantinople daripada penjajahan empayar Rom Timur.

Seorang lagi ialah Sultan Salehuddin al-Ayyubi yang telah membebaskan Baitul Maqdis. Berita ketakwaan, kejujuran, kesantunan dan keadilan mereka berdua sudah tersohor bukan sahaja dalam kalangan ummat Islam tetapi juga bukan Islam. Barat sendiri mengakui kehebatan peribadi dan ketangkasan kedua-duanya. Bukan rahsia lagi bahawa tentera barisan hadapan Sultan Muhammad al-Fateh dan Sultan Salehuddin terdiri daripada mereka yang istiqomah mengerjakan solat tahajjud, membaca al-Quran dan berpuasa sunat. Mereka juga mempunyai pedang dan baju besi yang ringan dan ringkas serta kuda yang tangkas berbanding dengan tentera-tentera pimpinan Barat.

Dapatlah kita lihat disini dua pemimpin besar itu kita patut jadikan "timbang tara" untuk mengukur keupayaan pemimpin Islam masa kini. Tidak keterlaluan kalau dikatakan, terdapat segelintir pemimpin Islam masa kini belum benar-benar serius untuk mencapai keunggulan tersebut. Mereka belum benar-benar serius membina kekuatan lahiriah. Namun sikap dan keprihatinan ahli terhadap perkara tersebut juga harus di ambil kira. Ibarat pepatah melayu, "tepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi". Perlu adanya kombinasi kedua-dua pihak. Justeru, tidak hairan kalau kita masih kalah. Ujian yang menimpa kita bukanlah satu kezaliman daripada Tuhan, cuma ia agak pahit dan pedih. Justeru, itulah sifat ubat yang selalunya akan menyembuhkan. Bagi yang taat dan soleh, bala yang menimpa kera Tuhan ingin mengurniakan pahala serta darjat yang lebih tinggi di dunia dan akhirat.

Yang penting sekarang ialah bukan apa yang telah berlaku tetapi apa yang harus kita lakukan (respons) terhadapnya. Mugkin juga apa yg dikatakan oleh penulis itu ada benarnya. Kata seorang ahli sufi, "Tuhan sering mengingatkan manusia dengan 'melontar' batu-batu kecil, tetapi jika peringatan itu diabaikan, Tuhan mula 'melontar' dengan batu-batu besar. Dan jangan tunggu hingga dihempap gunung untuk kita mula berubah.

Apakah perubahan yang perlu dan segera dilakukan? Tentulah bermula dari dalam ke luar (inside out). Maksudnya, ahli gerakan Islam mesti mengubah hati, akal dan nafsunya untuk membina ketakwaan. Untu itu kita memerlukan ilmu, keyakinan dan latihan untuk membina sifat-sifat mulia dalam diri kita (tarbiyyah). Ibadah-ibadah khusus (berbentuk fardhu ain) perlu dihayati bukan dari segi aspek ritualnya sahaja, tetapi sebagai mekanisme pembentukan peribadi mutaqqin. Di atas tapak itu, kita perlu seiring pula membina kekutan lahiriah (berbentuk fardhu kifayah) - ekonomi, sosial, ketenteraan, teknologi dan lain-lain sebagai persiapan membina kekuatan fizikal dan material. Dengan ketakwaan yang teguh dan kekuatan fizikal yang ampuh, pemimpin gerakan Islam dan ahlinya harus berganding bahu untuk mempertahankan serangan-serangan musuh menerusi "senjata" media, budaya, ekonomi dan akhirnya ketenteraan.

Jangan silap lagi dalam memahami "bicara" Tuhan menerusi kekalahan ini. Kita tidak boleh lagi terus berangan-angan menantikan "keajaiban" dari langit sedangkan Tuhan memerintahkan kita supaya berpijak dan berusaha di atas muka bumi. Yakni membina ketakwaan, politik, ekonomi, teknologi, harus dimulakan dengan serius, walaupun terpaksa memakan masa berpuluh-puluh atau beratus-ratus tahun. Perang bukan "medan" sebenar untuk mendaulatkan Islam pada zaman mutakhir ini. Orang mukmin tidak aka disengat dua kali dari lubang yang sama - begitulah kalau hamba tidak silap lebih kurang hadis Nabi. Maka sudah sewajarnya, pemimpin gerakan Islam kita bangkit dengan membina ketakwaan dan kekuatan lahiriahnya mencipta satu medan baru bagi mengatasi musuh-musuh dalam selimut yang tebal ini. Bilakah akan muncul pemimpin Islam yang bakal memiliki ketakwaan seperti Muhammad al-Fateh dan Salehuddin al-Ayyubi tetapi kekuatan lahiriahnya bukan pada senjata dan gelanggangnya bukan di medan peperangan?

Ini mengingatkan hamba pada satu kisah yang diriwayatkan melalui sebuah hadis. Pernah seorang Badwi bertanya kepada Rasulullah: "Bilakah berlaku kiamat?" Rasulullah menyoal kembali: "Apa yang kamu telah sediakn untuk menghadapinya? Ya sesungguhnya, persoalan ini juga perlu dijawab...bukan dengan penantian, tetapi dengan pekerjaan - lita perlu membina takwa (iman dan akhlak) dan quwwah (kekuatan ekonomi, politik, sains dan teknologi). Kekuatan rihani (takwa) dibina dengan kekuatan zikir. Manakala kekuatan lahiriah (ekonomi, politik, sains dan teknologi) dibina dengan ketajaman fikir.

Inilah agenda hijrah kita ~ kuatkan zikir tingkatkan fikir..Sama-sama kita renungkan.






Saturday, February 13, 2010

riangnya bunyi bunga api


bismillahirrahmanirrahim...

ALHAMDULILLAH, setinggi2 kesyukuran dipanjatkan ke hadrat ALLAH SWT Maha Penguasa Alam semesta. selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW.. hari ini merupakan perayaan besar bagi masyarakat cina. Selamat Tahun Baru Cina. bermula kul 12 mlm semalam (rasanya dlm 11.30 mlm kot) bunyi bising kedengaran di sini sana. bukan bunyi ape pon, tetapi bunyi bunga api.. ya Allah cantik..kat tepi ade, kat belakang umah ade..bahkan seluruh kl dipenuhi dengan kemeriahan bunga api.hamba berkata pada mak (mak angkat), "cam sambutan tahun baru plak kan?". yelah kalo nak dibandingkan malam td dengan sambutan tahun baru, tidak jauh bezanya. mesti kaum cina berhabisan duit semata-mata sambutan setahun sekali ini. tidak salah kiranya sedangkan kita sendiri pon semasa menyambut hari raya pasti akan lebih meriah daripada mereka. Bahkan ada yang sanggup berbelanja lebih untuk kepuasan masing-masing. Dan malam tadi juga merupakan valentine's day..yakni haram bagi kita untuk menyambutnya. INGAT!!!

Malam tadi juga pertama kali hamba melihat tanglung dilepaskan ke kaki langit sebagai tanda pelepasan hajat(terimbas masa sekolah rendah dahulu, pernah mewakili sekolah dalam pesta tanglung)..rasa2nya kepercayaan masyarakat cina untuk berbuat demikian kot..hamba pon tidak pasti. persiapan tesis masih dalam pelaksanaan lagi. almaklum jelah tesisnya akan dihantar minggu depan. Alhamdulillah juga kerana mendapat penyelia yang baik sangat. Thanks a lot for Tuan Haji Tajul kerana sanggup melayan karenah hamba yang tidak memuaskan ini. hurm..pembentangan hari 2 pon tidak seberapa mana( tak ingat dah bape hari bulan). sedih bila terkenangkannya..apa yang diharapkan semua tidak menjadi.

Ttpela apa yang dah berlaku biarkanlah..moga yang akan datang membawa sinar harapan yang baru. Dan hamba pasti dan yakin InsyaAllah, tesis yang hamba tengah selesaikan ini akan memperbaiki keputusan pensyarah2 yang mengadilinya..ameen. Dan hamba berharap riangnya bunga api pada malam tadi dan pagi ini akan sama riangnya hatiku ketika menerima keputusan slip akhir semester nanti. InsyaAllah.

Pada malam tadi juga hamba menerima mesej daripada adik sebisnes yang memberikan kata2 semangat sebelum peperiksaan menjelang tiba. Tinggal 2 minggu sahaja daripada sekarang..huhu. pejam celik pejam celik hamba dah berada di semester akhir.. Dan tahun ini juga hamba bakal menggulung sijil kejayaan. Motivation pada diri, pastikan semester ini hamba akan naik ke pentas dengan jayanya..InsyaAllah..huhu. kejayaan yang bakal digenggam bakal mewarnai alam..persiapan menghadapi peperangan akan hamba rancang dengan sebaiknya. biar badai datang menerpa akan ku gagahkan jua untuk menempuhnya. secebis doa hamba pohonkan daripada keluarga2 hamba yang sering mendoakan hamba di dalam tahajjud cintanya. Hamba teringat akan kata-kata yang terpampang dalam sebuah blog yang sering hamba singgah untuk mengambil info2 tambahan iaitu.."Jangan peduli apa yang orang katakan kepada kita, tapi kita kena peduli apa yang orang lakukan terhadap dunia. hanya kerana kita memahami diri kita..hamba tinggalkan dengan serangkap pantun yang berbunyi..

riang-riang si rama-rama,
warnanya indah penyeri dunia,
doa dan ucapan keluarga tercinta,
menjadi kenangan setiap masa.




bicara pena ku


When I found you
I used to dream that someday I might
find a lover who would be tender, kind,
and passionate...

I used to dream that someone whose
touch would awaken my heart and fill
me with sensations I had only
imagined I would ever feel...

A partner who would show me how love
was meant to be...

I told myself that this was more than
I could hope for-more than I could
ever deserve.

I used to hope that someday I might
have a friend who would know what was
deep inside my heart some one with
whom I would be safe to share my
secrets, my dreams, my fantasies, and
my fears...

A friend I could always count on to
listen and to understand...

I told myself that this was more
than anyone could hope and much more
than I could ever be worthy of...

I never let my heart imagine that I
would find all of this and more...
but that’s what was waiting for me in
your arms.

I found the best friend and the best
lover I could ever have hoped for... When
I found you..


Buat sahabat2 yang sudi mengenali diri hamba...ukhuwwah fillah



buat sahabat2 587 yang dirindui



Forever Friends

Words could never tell you
How important you'll always be,
Just little things that you do
That are especially meant for me.
You always seem to remember
All the things to do.
That makes friends last forever,
And share a bond so true.
I'm so glad God gave to me
Someone just like you.
He knew that you would be
One of the chosen few!


Friday, February 12, 2010

bicara ku


mengisi masa

Bismillahirrahmanirrahim.. alhamdulillah. kalimat pertama yg sepatutnya kita ungkapkan setiap hari..alhamdulillah juga kerana di beri masa untuk mengisi catatan di ruangan blog ini. walaupun masa yang ada seharusnya diisi dengan menyelesaikan kerja2 tesis..ALHAMDULILLAH..syukur ke hadrat ALLAH pencipta alam semesta..masih memberi keizinan kepada hamba untuk terus menghirup udara segar biarpun pada hakikatnya udara di Kuala Lumpur ini tidak sesegar mana dek pencemaran yang kian berleluasa. apa2 pon nikmat yg dikurniakan ALLAH kepada kita selaku hambanya tidak dapat dinilai dan dihitung dengan jari...teringat nasihat daripada seorang sahabat..kalo ana tidak silap..ilmu Allah diibaratkan seperti lautan (kalo ana silap sila betulkan)..tidak tahu dimana hujung dan pangkalnya air lautan itu. sungguh benar apa yang dikata. jika hendak dibandingkan dengan ilmu yang ada..masyaAllah. benar jauh berbeza. sepanjang minggu yang telah ku lewati ini, terlalu banyak manfaat yg boleh dibicarakan sebagai kenangan sepanjang pengajian. dari kesibukan tesis, hinggalah kepada perhimpunan pelajar, terus pula kepada suasana masjid, dipanjangkan hingga ke kisah sahabat..takziah dan tahniah kepada salah seorang adik (sahabat bisnes) kerana mampu tersenyum gembira walaupun dicaci dan diherdik di dalam blog mengenai dirinya. andai kata diri beliau belum kuat untuk menghadapinya, akan pasti mengalir titisan jernih daripada kaca mata beliau. SYABAS dan tahiniah. inilah ujian dalam kita berdakwah..ini baru sedikit (alam pengajian) belum lagi kita menempuhnya di alam pekerjaan dan bermasyarakat..perhimpunan pelajar. syabas juga kepada rakan2 (yang ku kira boleh di panggil adik2) yang berani untuk tampil ke hadapan menyuarakan pandangan dan masalah. jangan menjadi seperti orang lain yang berani untuk menulis didalam komen sahaja tanpa disuarakan di alam realitinya..ana sendiri melihat kejadian ini walaupun pada asalnya sedikit kelewatan disebabkan masalah yang tidak dapat dielakkan. apa yang diharapkan, biarlah perhimpunan kali ini diseiringkan dengan pemikiran dan penjanaan minda yang rasional..bukan disebabkan oleh rasa dendam dan rasa ammarah..rasa terkilan dan sedih menerpa apabila segelintir ustaz2 yang ana kagumi diherdik sedemikian rupa..dimana salah mereka? apakah adik2 ini hanya menuding jari tanpa ada usul periksa? ana tidak memihak kepada sapa2 didalam hal ini tapi mungkin ketidakmatangan dalam berfikir lebih menguasai diri. mungkin selepas ini boleh sama2 kita renung dan selidiki kembali. MASJID..teringat kembali usai solat isya' di masjid KISDAR pada malam tersebut.. di kala imam tengah membacakan doa, mataku liar melihat kanak2 yang tadinya bermain kini duduk sama membacakan doa (sambil menyembang dengan rakan dihadapanya). adik2 kecil ini tetap utuh menadah tangan biarpun yang kita sendiri maklumi alunan doa tersebut langsung mungkin tidak difahaminya butir demi butir..ana melihat bahawa peri pentingnya pendidikan agama diterap pada masa kecil lagi. mana mungkin adik2 comel ini tadinya bermain sekarang berhenti seketika kerana doa sedang dibaca. walaupun doanya tidak difahami akan tetapi tanda hormatnya mereka pada ahli tua maka permainan itu diberhentikan..SUBHANALLAH..hebatnya ciptaan ALLAH. kanak2 sudah pintar dalam mengagungkan kebesaran Allah. itu jika kita melihat pada adik2 yang kecil..bagaimana pula dengan adik2 yang kian menginjak dewasa? dimana penekanannya yang perlu kita lihat. adakah pada agamanya ataupun pada akademiknya? fikiran yang kita cernakan di minda mereka dimana keberhasilannya? analogi yang mudah untuk kita fahami..apa mungkin ilmu yang kita berikan cukup untuk mereka memahami akan erti kehidupannya kini? biarlah blog ini ku tinggalkan dengan sekian kian persoalan untuk ana fikirkan...sekian