BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, December 31, 2009

santai d malam tahun baru



anak ustaz Rais sewaktu IPTIM Melaka















bsebelahn dgn kapal(smpat lg posing)




assalamualaikum wrt wbt..
pejam celik pejam celik dah kul 1 lbih(1 pgla maksudye).hari baru hari yang berkat di mana tahun baru bermula pada hari Jumaat.Akhirnya 2010 menjengah kini..usia kian meningkat,pertambahan idea mencambahkan ilmu memenuhi ruang fikiran.Lambaian kenangan 2009 baru sahaja d tinggalkan.Terlalu sedikit rasanya pengalaman yang telah ku kutip sepanjang tempoh masa yang berjalan ini.Namun di dalam kenangan2 yang telah ku lalui terselit kenangan manis yang takkan mungkin dapat ku lupakan seumur hidup ini..hanya mereka yang mengetahui bisa merasai..huhu.Rasanya belum terlambat lagi untuk ku ucapkan salam hijrah 1431H pada blog yang telah lama ku tinggalkan ini(bru 2 mggu je kot).mata masih ligat memantulkan penglihatan dan fikiran sedang pantas mengeluarkan pandangan.Banyak sangat program yang perlu dilaksanakan..sama ada program kolej ataupun program tarbiyyah diri sendiri.la ni duk kat umah rakan sekuliah yang sudah lama ku anggap sebagai adik sndiri..hehehe.di panggil mery chemor tapi nama sebenarnya adalah Nurain Hasri.Comel orangnya...ske tgk die(maklumlah adik perempuan sendiri xde).Yg hanya ada 2 orang wira dalam family,yg kedua bernama mohd helmy dan yang bongsu mohd iqbal.Harapan masa depan negara..ameen2.Xtertanggung rasanya rindu pada kalian berdua,andai kata hati ini boleh terbang sekarang juga akan ku lintasi awan gelap di malam hari agar dapatku segera tiba di kampung halaman tercinta(Sabah tanah airku).Pada tante2(mak cik2) ku yang merinduiku..huhu sabar ya menanti kepulangan ku nanti.Bagaimanalah agaknya dengan adikku yang bongsu itu?Mungkin ketinggiannya sudah melepasi diriku ini.Sepanjang 2 mggu tanpa da tautan hati dengan blog ini sungguh benar2 teruji dengan environment ku ini.Hingga adakalanya terkilan bagai di kata.Yang dikatakan Islam masih belum benar2 Islam sepenuhnya.ana minta maaf pada sesiapa sahaja andai bibir lantang bersuara dan jari ligat melakarkan pena.Dan itu juga bukan menandakan diri ini sebaik yang disangka,masih punya kekurangan dan kelemahan diri yang boleh dilihat pada mata kasar.Alhamdulillah diri dihiasi dengan sahabat2 yang masih menerimaku dengan hati yang terbuka dan memberi ruang memperbaiki diri.Kembali kpda ujian hari demi hari..benar2 menguji sejauh mana iman yang ada di dalam diri..adakah mantap dan mampu untuk mengatasi anasir-anasir yg datang atau hanya mata mampu melihat dan telinga hanya mampu untuk mendengar?biarlah ku tinggalkan malam ini dengan persoalan sedemikian agar esoknya dapat ku fikirkan perancangan y perlu ku laksanakan dengan teliti dan rapi.Semoga esok lebih baik dari semalam.Buat adik2 yg baru sahaja mengintima'kn diri dengan kerja2 dakwah...selamat datang pada kalian.Pengakhiran tahun 09 kita akhiri dengan kenangan yg tersemat d hati kita.

Friday, December 11, 2009

kehidupan perlu diteruskan




Amal Jariah dengan Memberi

Buatlah kebaikan kerana ia akan "terus hidup" selepas kita mati. Ingatlah bahawa ada amal kebaikan yang kita lakukan, pahalanya terus kekal dan mengalir walaupun selepas kematian kita. Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:"Apabila mati seseorang manusia itu, akan terputus daripadanya segala amalannya kecuali tiga perkara; iaitu sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan dan anak soleh yang senantiasa mendoakannya." (Riwayat Muslim)

Mari kita teliti ketiga-tiga perkara dalam hadis ini.

Pertama, amal jariah. Bagaimana kita mampu membina rumah anak yatim, masjid, sekolah, hospital dan lain-lain jika kita tidak miliki sikap memberi kepada orang lain? Orang yang bakhil tidak akan melakukannya. Mereka seolah-olah ingin membawa harta pulang ke kubur!

Kedua, ilmu yang bermanfaat yang diajarkan kepada orang lain. Ilmu hanya akan menjadi amal jariah sekiranya kita mengajarkan kepada orang lain. Mengajar itu ertinya memberi ilmu. Hadis inilah yang menjadi prinsip hidup para ulama yang mana hidup mereka dipenuhi oleh episod mencari, memahami dan menyampaikan ilmu. Bertitik tolak daripada hadis Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:"Sampaikan daripadaku walaupun sepotong ayat." (Riwayat al-Bukhari)

Ketiga, doa daripada anak yang soleh. Ianya terhasil oleh sikap memberi ibu atau bapa. Dengan segala jerih payah ibu bapa mengorbankan segala-galanya untuk membesarkan anak; dari aspek fizikal, pemikiran, emosi dan kerohanian anak-anak. Hasilnya, anak itu menjadi anak yang soleh. Tanpa sikap memberi ibu bapa, tidak akan terbentuk anak yang soleh.

Ingatlah betapa Allah melimpahkan ke dalam jiwa ibu bapa sifat kasih sayang. Sayang kepada seorang anak tidak berbeza dengan anak-anak yang lain. Malah, jika anak meragam, memberontak malah derhaka sekalipun, masih ada ibu bapa yang menyayangi mereka. Dengan kasih sayang itulah ibu bapa berbakti (memberi) kepada anak-anak tanpa meminta balasan.

Dilimpahkan juga ke dalam jiwa ibu bapa sifat rajin, prihatin, simpati dan empati yang tidak terhingga. Sewaktu anak masih kecil, segala keperluannya diberikan. Ibu menjaga anak siang dan malam - menyusukan, memandikan dan memakaikan pakaian - satu tugas yang dilakukan berulang-ulang tanpa rasa jemu. Bapa, akan sentiasa bekerja memerah keringat untuk menyara hidup keluarga tanpa rasa jemu, letih dan bosan.

Bukankah ketiga-tiga di atas bersifatkan sifat memberi?

Inilah kebaikan dan kelebihan sikap memberi. Manusia berperanan sebagai hamba Allah dan khalifah di bumi. Sebagai hamba, kita mesti menjadi manusia yang baik. Sebagai khalifah kita mesti memberi kebaikan. Dan kita tidak akan menjadi orang yang baik selagi kita tidak memberi kebaikan. Bukankah ini membuktikan bahawa hidup ini untuk memberi? Ya, memberi kebaikan!.

Wednesday, December 2, 2009


Hidup Untuk Memberi

Memiliki dan dimiliki
Bunyinya sama pengertiannya berbeza
Adakalanya yang memiliki
akan kurang memberi
Adakalanya yang memberi
menjadi kurang memiliki

Intailah hari demi hari
Dimanakah cerita ceria dan gembira yang dicari
Mungkin ianya ada di sini
Juga mungkin hilangnya pergi membawa diri
Keliru, gelisah dan resah hanya menikam diri
Biarlah senyuman menjadi pengganti

Andai derita ini dibiarkan terus berlari
Izinkan cinta hadir membawa seri
Moga di akhirnya nanti
Kebahagiaan hakiki yang ditemui
Bersama mekar sayangnya Ilahi


Siapa yang lebih cinta maka dialah yang lebih banyak memberi. Justeru, jika kurang memberi, itu petanda "kurangnya" rasa cinta dihati. Apabila kurang rasa cinta, tergugatlah persaudaraan dan rengganglah perpaduan.





Monday, November 30, 2009

a day moment

sunyinyer mlm ni...
salam kesunyian dan kesepian...sprti 3 ari yg lepas mlmku d temani rakan baikku ini..acer 4715z
pdyala aku bkongsi kasih n sgalaya...mcmla bnyawa laptop ni kn?huhu..masih blum trlambt kiraya untuk ku ucapkn slamat ari rya aidil adha pd mak,ayah,adik2,nenek2,atuk2,mak cik2,pak cik2,ank2 sedara,sepupu2,cikgu2,pensyarah2,shbt2,rakan2,kwn2 dan sape2 yg mgenaliku..sunyi rye yg lepas msih ku rasakn lg..smpi bla kesunyian ini akn berakhir?wallahua'lam.aku trnanti2 jgk ble la mse 2 akn smpi..mgkin hbis sem nti..insya'Allah mdh2an ada rezeki kn?ptg td suaraku smpi ke ngri sbah,tnah tumpah lahirku..hbt bkn?hahaha...ade tepon,gneknlah..rndu bla ku dgr hilai tawa shbt2ku yg kataya sdg tggu turn mkan abc..tmpat kmi suma bsenda grau..adakalaya sdh,gmbira..lucu pon ada jgk.di rangkum mnjadi 1.jdla secukup rasa.tp akhirya aku tdampar jauh d ngeri perak ini...d kolej yg bkal ku tggalkn dlm mse 4 bulan lg..sgguh org kte byak knangan yg telah trlakar n terukir..terukir d mn?aku pon xtahu..akhirye pd mlm ni,hnya pdye jgk aku mluahkn rse...pd laptop ini..yg telah ku simpan slama 2 thun.beli pd thu prtama d kolej islam..sgla potret n kenangan ku abadikn d laptop ini.andai rosak,maka lenyaplah sgalanya..d mna kan ku cri ganti yg lain???

Apa itu bahagia??
1.Beriman dan beramal soleh ( surah al-Nahl:97 )
2.Banyak mengingati Allah ( surah al-Rad:28 )
3.Bersandar kepada Allah ( surah al-Thalaq:3 )
4. Sentiasa mencari peluang berbuat baik.
5.Melihat "kelebihan" bukan "kekurangan" diri..

adakah ini yang dikatakan bahagia...

Sunday, November 15, 2009

kecikyer suma...

uat jgn xuat antum suma....persediaan nk g perang.huhu


gambo yg kt ats ni yg dpan skali ketua siswa n tmbalanya.namaya akh yusrizal n akh faiz

ni lah kte org...huhu..smagat ruhul jadid


ujan renyai-renyai...
alhamdulillah bru selesai mkn malm,mkn nasi goreng.jmat bajet.huhu..siang td msak sambl belacn.housemate kte pedas...lidah org smenanjung mne sme gan org sabah.sat lg nk g meting pgrm keseniaan n kbudayaan lak tga tggu time nk g mrempit..xdela ikt peraturan.sbb tula dikuatkuasakn peraturan cm blajr subjk undang2 lak.dlm subjk qawain fiqh pon ade.insyaAllah sok mggu ke2 kuliyyah.mggu lpas mndaftar.ingat lg detik2 tika mndaftr..dah jd cm explorace lak bleh msuk tv 2..tv 9 dekat d hati.letih sgguh...mcm2 msalah yg d hdapi tp alhamdulillah da slesai sumaya.result pn dah dpat...terima kasih Allah ats sgala-galanya..kjayaan ini ku hadiahkn kpd kedua org tuaku yg brada nun jauh d sna.tggal nk target tuk sem ini sem last aku brada d Kolej Islam...insyaAllah kne ingat 2.mak ayah doakn anakmu d cni.ptg td gantok sgat sbb sabtu lalu da pgrm kat kolej.duk luar ni xlehla pggirkn kolej dlm...nt kn org kte xjlankn tggungjwb lak.hurm amanah..sonok hjug mggu ni dpat bsenam n plig pntg pertmuan gan kekasih sjati..dah lme xjmp rndu brtandang.ada chicken dance n plg BEST....senamn aerobik "ruhul jadid".mle2 sush gak nk ikt rentak snman 2 tp lma klmaan jd sonok..mari kta lihat kat ats...wlupn ckit yg dtg ari 2, meriah tetp meriah.blik2 jew trus tdo tumpg blik kesiswi.depa da gtong royg tuk kbersihan, besela motivasi sem bru ni.sem ni duk luar bz ckit tpakse ulang alik.mne dgn meting nk hmpir tiap2 mlm...ltihla.perah otak sbnrye tuk fkir sape pgrm n plaksana yg uat tired kew mlas nk fkir nieee.tkut ble dah mle mggu ni(eh dah msuk isnin rupaya) kelas jd xlart jew.huhuni pon bru blik..tma duk umah mlm ni (my ex-roomate).2 tga tgk cter korean..mke pon dah cm org korea dah hah...huhu.cian tma d babitkan lak.grau2 jer.ni sbnrye tga tggu org jauh nk ym gan die...sape 2??secret..kla dah pnjg sgt dah ni.nk tggalkn pesanan lak:

Diriwayatkan daripada Nabi SAW baginda bersabda:
"Sesungguhnya bagi setiap umat itu mempunyai ujian dan ujian bagi umatku adalah harta kekayaan." (H.R Tirmidzi


tum mlm ni..wassalam

Wednesday, October 21, 2009

perjalanan masih jauh di hadapan


seindah snyuman di mlm ceria...
syukurku pd Ilahi d pnjangkn umur menulis lg blog ni usai selesai exam pg smlm. ku phonkn kejayaan wlu usaha hnya jrakya sejengkal cuma.aku pasrah n redha ya Allah. mga yg mendatg akn lbh baik dr smlm.mlm ini byk keja yg plu d slesaikn. nk taip surt tdk hadir meting, nk uat penyata kwgn bulann, nk kmas rak buku, lipat bju n mcm2 lgla..krana esk ari pastinya berbza brbanding ari ini. cti sem 2mggu bkal blangsug. akn ku tinggalkn ruangn ini buat sketika..mgkin akn tba saatya aku truskn celotehku yg berbza pula. agk2 apa yg akn ku lakukn pd cuti kali ini...??rncang pnye rncg, tesis xsiap lg. Syukr jgk kwn2 buat pnangguhn sbb sem ni byk sgt sbjek major, xdpt nk capai sumaya dlm skaligus. ape2 pon mdh2n apa yg di rncg kali ni menjd n trlaksana insyaAllah amin.dahla sem dpan duk rumh sewa.kali prtma pd pghujg dunia kuliah.1 hrapn ianya mbwa perubhn. hny padaMu ku berdoa. Sabda Rasulullah SAW yg bermksud : "Doa itu senjata orang mukmin". Apabila kita pny senjta kta mesti yakin yg snjata itu canggih & yakin bleh mnumpaskn musuh. Lants jgn ragu2..2 ari yg lpas, shbt baikku mceritakn mslahya..besela pimpinan kampus msing2 pnya msalh.luar & dlm d uji cubaan berbisa. Ape hikmah sbnarya ujian..aku bkata pdya..org yg dudk d ats ni memg sntsa d uji. FirmanNya dlm surah al-Mujadalah ayt 11 brmaksud: "Allah meninggikn darjat orang-orang yang beriman di antara kamu, dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan - beberapa darjat." ku katakn pdya, kta blajr bukn hny pd buku, pd kuliah ttpi mgkin apa yg trjadi kini sbnrya ilmu yg Allah turnkn pd kta utk blajr sblm ms yg akn kta lalui nt mjdi pnduan buat kta..prbincgan ku dgnnya trhenti bgtu sja krn msaku yg suntuk utk membaca kian menghampiri. mgkin ari msa itu dtg kmbali...n pd mlm itu jg d ruangn maya ini aku brtmu kmbali wlupn hny laptop mjdi saksi dgn shbatku yg d kasih, Siti Fatimah Binti Arbain..

Wednesday, October 14, 2009

kehidupan perlu diteruskan

alhamdulillah ari ni dah selesai paper yg ke2, sistem ekonomi Islam. sush bg yg xbce n sng bg yg dah bce..trlalu byk pgajran yg blh d ambil pas exam td. manusia ni ske ambil cre mudah tuk bjye kn? kdg2 smpai dr sndri pon dah xknal bl bhdpan gan sa2 situasi yg tdesak. ade jgk yg xnk mgaku kalh smpi sggup gnekn kwn sndri..sdh ble kte jdi mgsa keadaan.tiru mniru ni rseye dah tren zamn brzaman.napela bdk2 2009 ni xprnah nk brusaha sndri?xtrfkir ke rzeki yg akn dtg xberkat hasil darpd mniru...astaghfirullah al-azim.ape nk jd gan umat Islam zmn cyber kini?kejyaan yg d cang-canang rupa2 yer hny skdr hiasn smntara indah di mata.xtau yg mne hrus d perbetulkan individual responsibility or ??

Monday, October 12, 2009

musafirnya aku di perantauan


assalamualaikum..
alhamdulillah inilah kali pertama aku menulis di ruangan blog ini. stelah beberapa kali aku cuba nak buat, byk kali jgkla gagal. aku selalu tgk blog2 sahabat2 yg lain, nk kata cmburu 2 xla tp nk jgk try buat sndiri.. ternyata memg drg sgt pandai dalm membuat bnd2 cmni berbnding gan dri ku yg kerdil ini. yelah bnd ni bukan bidang yg aku ceburi xkn nk terlebih2 pndai kot. but i'm try my best until now and then alhamdulillah aku berjaya jgk. xtau nk kate ape sbb dah tlalu hepi reti nk uat blog.haha..pas ni lehla nk mnulis pnjg2 dah. xyah nk tulis dlm diari dah sbb i've a blog like the others..hurm mggu ni smpai mggu dpan exam final. rabu ni da paper subjk major sistem eko Islam..tough jgk subjek ni tp bce pon xabih2 lg. ni tga study lor ni..